Perodua pertimbang jadi penaja Manchester United

85

Jenama automotif tempatan, Perodua tidak menolak kemungkinan akan tampil selaku penaja kepada kelab ‘terkuat’ Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United pada masa akan datang.

Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, Perodua sedang menilai beberapa bentuk penajaan, termasuk hak penamaan kepada baju dan perbincangan itu turut melibatkan strategi untuk meningkatkan kehadiran jenama tempatan di pasaran Eropah.

Ketika ini, pihak mereka lebih banyak memberi tumpuan dan menaja sukan yang permainan berskala kecil seperti golf dan tenis.

“Contohnya seperti pemain tenis, Novak Djokovic, meskipun sudah berusia tetapi dia tetap berdisiplin mengekalkan prestasi dan itu berkaitan dengan filosofi kami.

“Jika sukan lain, kita perlu melihat dan tunggu masa yang sesuai. Jika ada tawaran rasmi, kami bersedia untuk mempertimbangkan.

“Baru-baru ini kami dapat surat dari Manchester United dan mereka menyatakan kesudian untuk meletakkan logo Perodua di salah satu baju mereka.

“Seperti bola sepak di Malaysia, kita sentiasa melihat peluang itu dan perlu berhati-hati dalam membuat keputusan agar ia memberi kebaikan dan tidak merugikan mana-mana pihak,” katanya. 

Sekiranya perkara itu terjadi, Perodua bakal mengikut jejak langkah syarikat automotif Asia lain seperti Chevrolet dari Amerika Syarikat dan Hyundai dari Korea Selatan yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Manchester United.

Malah jika ia dimeterai, kerjasama itu bakal menjadi sejarah baharu bagi syarikat automotif Malaysia dan membuka pintu lebih luas untuk jenama tempatan di pentas antarabangsa.

ARTIKEL LAIN

6 kereta yang pernah dimiliki bintang bola sepak EPL, kini dijual di Autotrader

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here