Batal gabungan, Nissan kongsi pelan pemulihan

84

Susulan cabaran yang dihadapi, Nissan telah merangka dan mengambil tindakan segera ke arah pemulihan dalam membina perniagaan yang lebih cekap dan berdaya tahan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, Makoto Uchida menggariskan beberapa pelan misalnya penjimatan kos sekitar JPY 400 bilion (RM11.63 bilion).

Turut diberi perhatian adalah pertumbuhan hasil melalui produk kompetitif dan pelaksanaan pemulihan dengan pantas dan berkesan.

Angka penjimatan itu merupakan satu daripada sasaran untuk Tahun Fiskal 2024 dengan mengoptimumkan kos struktur serta mengurangkan kos tetap dan kos berubah.

Titik pulang modal diturunkan daripada 3.1 juta kepada 2.5 juta unit kenderaan. Strategi ini membolehkan margin operasi stabil sebanyak 4 peratus.

Nissan menyasarkan pengurangan kos tetap sebanyak JPY 300 bilion (RM8.72 bilion) manakala sebanyak JPY 200 bilion (RM5.81 bilion) dipotong daripada perbelanjaan jualan, am dan pentadbiran (SG&A).

Selain itu, penjimatan lain termasuklah dalam penstrukturan semula pembuatan sebanyak JPY 100 bilion (RM2.9 bilion) dan sekitar JPY 30 bilion (RM871 juta) daripada kecekapan pembangunan.

PENGURANGAN 5,300 PEKERJA TAHUN FISKAL 2025

Berita tentang pengurangan tenaga kerja hangat dikatakan sebelum ini.

Nissan merancang mengurangkan 2,500 pekerja tidak langsung melalui penyelarasan operasi, pengurangan pengambilan pekerja dan program berhenti sukarela.

Langkah pengurangan kos buruh juga termasuk pengembangan pusat perkhidmatan bersama (1,000 jawatan) dan mengutamakan perbelanjaan pemasaran tetap.

Nissan turut menumpukan pada penjimatan kos pengeluaran dan mengoptimumkan tenaga kerja.

Sasaran penjimatan sebanyak JPY 100 bilion (RM2.9 bilion) melalui penyatuan barisan pengeluaran, pelarasan corak syif kerja dan pemindahan pekerjaan.

Perubahan akan bermula pada suku pertama Tahun Fiskal  2025 di tiga kilang iaitu dua di Amerika Syarikat (Smyrna, Canton) dan di Thailand.

Pengurangan di kilang kenderaan dan rangkaian kuasa melibatkan 5,300 pekerja pada FY25 dan 1,200 pekerja pada FY26 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,500 pekerjaan.

Penjimatan ini akan diimbang dengan peningkatan kecekapan kejuruteraan dan operasi. Turut terlibat, di dalam pelancaran model baharu dan pengurangan perbelanjaan modal (CAPEX) dan kos pengenalan produk.

STRATEGI PEMULIHAN NISSAN 
  1. Penyusunan Semula Pangkalan Pembuatan & Pengurangan Kapasiti
  • Sasaran Pengurangan Kapasiti Pengeluaran Global: -20% menjelang FY26
  • China:
    • Kapasiti sudah dikurangkan daripada 1.5 juta unit → 1 juta unit
  • Di luar China:
    • Kapasiti akan dikurangkan daripada 3.5 juta unit → 3 juta unit
    • Kadar penggunaan kilang meningkat dari 70% (FY24) → 85% (FY26)
  • Pengurangan Kapasiti Pengeluaran Global Keseluruhan:
    • Dari 5 juta unit → 4 juta unit menjelang FY26

2. Kecekapan Pembangunan dan Pengurangan Kos

  • Sasaran: JPY 30 bilion penjimatan kos melalui kecekapan pembangunan yang lebih baik
  • Konsep Pembangunan Keluarga:
    • Memendekkan masa ke pasaran
    • Mengurangkan kos pembangunan sebanyak 20 bilion yen
    • Akan digunakan untuk projek sedia ada, dengan manfaat mula dilihat pada 2025
  • Model Pertama Menggunakan Pendekatan ini dijadualkan pelancaran pada FY26

3. Pengurangan Kos Berubah (Penjimatan 100 Bilion Yen/(RM2.9b)

  • JPY 60 bilion penjimatan melalui minimalis reka bentuk:
    • Pelarasan prestasi dan kandungan model untuk 6 produk utama global.
  • Penjimatan operasi pembuatan melalui:
    • Pengurangan kompleksiti perkakasan sehingga 70%.
    • Perancangan pengeluaran lebih cekap.
    • Pengurangan kos rantaian bekalan & pergudangan alat ganti.

4. Meningkatkan Pertumbuhan Hasil

  • Penyegaran Model (FY24) : Qashqai, Juke, Kicks, Armada, Note, Patrol, Magnite, QX80, Murano.
  • Pelancaran Produk Baharu (FY25-FY26)
    • Model hibrid plug-in hybrid
    • Penyegaran model kenderaan mini & van besar
  • Pengembangan EV sifar emisi:
    • LEAF baharu
    • EV kompak baharu
    • NEV khas untuk pasaran China
  • Penambahbaikan e-POWER (Gen 3)
    • Menyumbang kepada pertumbuhan kewangan yang mampan
    • Kecekapan bahan api lebih baik daripada generasi pertama
    • 20% kos lebih rendah daripada generasi pertama
    • 15% lebih cekap pada kelajuan tinggi berbanding generasi kedua

5. Inovasi Kenderaan Pintar

  • Keberuntungan masa depan turut bergantung inovasi teknikal dan peningkatan tumpuan pada kenderaan pintar.
  • Kokpit pintar & bantuan pemandu baharu dalam model FY26.
  • Pengembangan pemanduan autonomi:
    • Pemanduan automatik dari pintu ke pintu & perkhidmatan mobiliti tanpa pemandu di Jepun.
    • Pengkomersialan dijangka pada FY27.

6. Pengembangan Pasaran & Segmen Baharu

  • Peningkatan jualan dalam FY25-FY26 melalui :
    • Penggantian model lama
    • Memasuki segmen baharu

7. Penyelarasan Organisasi dan Proses

Pembaharuan Struktur Pengurusan : 

  • Pengurangan 20% jawatan pengurusan tertinggi.
  • Kerangka pengurusan lapisan tunggal tanpa pegawai.
  • Peluang kenaikan pangkat untuk bakat baharu.

Kecekapan Operasi : 

  • Mengurangkan lapisan organisasi untuk mempercepat keputusan.
  • Pemisahan peranan antara ibu pejabat global & fungsi serantau:
    • Ibu pejabat: Kawalan strategik.
    • Wilayah: Pelaksanaan operasi.

8. Penyusunan Semula Perniagaan dan Pengoptimuman Aset

Kajian Semula Kehadiran Pasaran :

  • Menilai pasaran yang akan dikekalkan.
  • Menyusun semula operasi berdasarkan daya maju pasaran.

Pengoptimuman Portfolio Produk :

  • Memfokuskan kepada produk, platform & enjin utama.
  • Pengagihan semula pelaburan ke segmen bernilai tinggi.

Kerjasama dengan Rakan Strategik : 

  • Projek bersama dengan rakan sekutu (Renault, Mitsubishi, Honda).
  • Perkongsian strategik baharu untuk meningkatkan daya saing.

Pengoptimuman Aset :

  • Mengkaji aset untuk mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan.

Kajian Strategik & Perkongsian Baharu :

  • Kajian strategik untuk mencari rakan niaga baharu.
  • Perkongsian yang berpotensi meningkatkan nilai korporat.
  • Maklumat lanjut akan dikemas kini dalam sebulan.
RINGKASAN
  • JYP 400 bilion  penjimatan kos.
  • Titik pulang modal diturunkan ke 2.5 juta unit kenderaan.
  • Pengurangan kapasiti global 5 juta → 4 juta unit kenderaan.
  • Pembangunan EV & teknologi pintar dipertingkatkan.
  • Kajian pasaran & perkongsian strategik baharu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here