Pemandu Honda Accord tular dikejar polis ditahan

197

Bagai aksi drama, sebuah kereta Honda Accord menjadikan Jalan Kluang, Kluang seperti litar lumba apabila dikejar polis.

Kejadian itu tular di media sosial apabila Honda Accord berwarna kuning terbabit dilihat memecut laju melalui jalan Kampung Melayu dan pusat bandar Kluang.

Polis yang mengejar kenderaan itu berjaya menahan pemandu selepas suspek melanggar kereta lain di persimpangan lampu isyarat.

Pengguna media sosial memuji tindakan pantas polis yang akhirnya berjaya menahan suspek.

Ada yang membandingkan adegan itu dengan permainan video perlumbaan, sementara yang lain bergurau kereta kuning itu cuba ‘membuka tahap rahsia’ dalam permainan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berhubung kejadian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here