Pakej p-hailing Rahmah akan dikaji semula

100
gambara hiasan

Kementerian Komunikasi akan mengkaji semula pelaksanaan Pakej p-hailing Rahmah bagi memastikan manfaatnya benar-benar sampai kepada para penunggang perkhidmatan berkenaan.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata kajian semula itu akan dilaksanakan selepas beliau mendapati terdapat kelemahan dalam sistem penyampaian maklumat kepada penunggang berhubung inisiatif kerajaan itu.

“Waktu kita laksanakan tahun lalu, kita dapati perbincangan dilakukan (sebelum ini dilakukan antara syarikat telekomunikasi (telco) dan syarikat p-hailing, tetapi maklumat kadang-kadang tidak sampai kepada penunggang.

“Itu yang saya dapati dan ke depan, mungkin kita akan kaji semula pelaksanaannya kerana manfaatnya tidak sampai sepenuhnya kepada penunggang,” katanya. 

Menurut Fahmi, hasrat utama kerajaan dalam menyediakan Pakej p-hailing Rahmah adalah untuk membantu penunggang perkhidmatan itu, bukan hanya kepada syarikat penyedia perkhidmatan.

“Hasrat kami bukan untuk bantu syarikat (p-hailing), tetapi untuk membantu penunggang. Jadi saya akan minta sedikit kajian semula berapa ramai yang terlibat.

“Mungkin kita cari jalan untuk memintas bukan melalui syarikat tetapi terus kepada para penunggang. Saya akan minta pihak kementerian untuk susuli (perkara ini),” jelasnya.

Tahun lepas media melaporkan, semua penunggang p-hailing yang layak di negara ini akan menerima Pakej p-hailing Rahmah iaitu pakej data istimewa khas bermula 23 Januari 2024.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here