
Firma rekaan Jepun Ichiban memperlihatkan sebuah jentera dua roda yang cukup menarik perhatian, dan disahkan bakal memasuki produksi kelak.
Reka bentuk motosikal ini banyak mengingatkan kita kepada motosikal futuristik daripada animasi Akira.
Walaupun tidaklah 100 peratus serupa, jentera cyberpunk masa depan ini menampilkan silhouette, rekaan lengan ayun serta skema warna merah putih – antara ciri-ciri yang wujud pada jentera fiksyen era 80-an tersebut.
Rekaan lampu LED juga tampil ringkas, diikuti dengan panel badan dan penutup ‘ruang enjin’ yang bersegi.
Ichiban ini dikuasakan oleh dua motor elektrik berkuasa 6.7 hp yang membenarkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.5 saat.
Terdapat mod tunggangan “Godzilla” yang membolehkan anda mengekalkan kelajuan 100 km/j dalam tempoh 10 saat sahaja.
Untuk sekali cas penuh, motosikal elektrik ini boleh bergerak sejauh 250 km.
Akhir sekali, ia dilengkapi dengan skrin paparan yang agak ringkas, serta ciri keselamatan seperti brek anti-kunci (ABS) dan kawalan cengkaman.
Buat masa ini, motosikal elektrik Ichiban ini masih lagi berada di dalam fasa konsep, namun mungkin sekali akan direalisasikan kelak untuk ditawarkan kepada orang ramai.