Mazda 6e bakal lancar di Thailand

44

Mazda mengumumkan bahawa Mazda 6e (dibina oleh Changan Mazda, dikenali sebagai Mazda EZ-6 di China) akan memasuki pasaran Thailand pada tahun ini.

Kenderaan itu mula diperkenalkan pada Pameran Motor Brussels di Belgium pada 10 Januari dan akan dilancarkan di Eropah akhir tahun ini.

Thailand, salah satu hab pengeluaran automotif utama Asia Tenggara menyaksikan peningkatan permintaan untuk kenderaan elektrik (EV). Mazda, yang beroperasi di Thailand sejak 1955, mengembangkan penawaran EV di rantau ini menerusi pengenalan Mazda 6e.

Mazda EZ-6 yang dilancarkan di China pada 26 Oktober 2024 terjual sebanyak 2,445 unit pada November, menduduki posisi tiga sedan tenaga baharu bersaiz sederhana teratas. Manakala sebanyak 1,017 unit telah dijual pada Disember diikuti  498 unit pada Januari.

Dibina menggunakan platform hibrid EPA Changan, EZ-6 boleh didapati dalam tujuh varian pada harga mula CNY 139,800 (RM85,479) dengan tawaran kenderaan elektrik bateri (BEV) dan kenderaan elektrik lanjutan perbatuan (EREV).

Versi BEV menampilkan motor 190kW dengan jarak 480km atau 600km, manakala versi EREV menggabungkan enjin 1.5 liter dengan motor 160kW, menawarkan jarak sehingga 1,301km.

Ciri utama termasuk skrin sentuh 14.6 inci, AR-HUD, sistem audio Sony dan tempat duduk graviti sifar.

Sebagai sebahagian daripada strateginya, Mazda Jepun dan Thailand melabur THB 5 bilion (RM 660 juta) untuk mengukuhkan pangkalan pembuatan Thailand.

Dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 100,000 unit, kemudahan itu akan memberi tumpuan kepada pengeluaran SUV kompak untuk dieksport ke pasaran Jepun dan ASEAN serta jualan domestik.

Antara 2025 dan 2027, Mazda merancang untuk melancarkan lima model EV, termasuk Mazda 6e dan CX-6e, yang akan dihasilkan dengan kerjasama Changan Automobile di China.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here