
Aveta Malaysia rasmi memperkenalkan skuter Nova 125 dan Nova 160 ke pasaran tempatan.
Salah satu ciri yang menyerlah dan berbeza bagi Nova 125 adalah kapasiti tangki bahan api 6 liter manakala varian Nova 160 mempunyai kapasiti 10 liter, antara yang terbesar dalam kategori masing-masing.
Ini memberikan peluang kepada peminat motosikal untuk menikmati tunggangan perjalanan lebih jauh tanpa perlu kerap berhenti untuk mengisi minyak atau perjalanan harian dan hujung minggu.
Nova 125 direka untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan pengguna, bermula dari pelajar yang mencari motosikal mampu milik dan senang dikendalikan, sehingga kepada penunggang lebih berusia yang mengutamakan keselesaan.
Ia juga sesuai digunakan oleh penunggang wanita kerana ketinggian pelana serendah 765mm memberikan keselesaan tambahan.
Dilengkapi dengan teknologi EFI (Electronic Fuel Injection), Nova 125 memberikan prestasi enjin yang lebih optimum dan penggunaan bahan api yang lebih jimat.
Enjin 125cc SOHC penyejukkan udara menghasilkan kuasa 6.7kW @ 8,000rpm dan tork 8.6Nm @ 6,500rom bersama transmisi CVT.
Dengan harga serendah RM5,188, ia didatangkan dengan pilihan warna badan Peach Berry, Grey Lemon dan Blue Lemon.
NOVA 160
Sementara itu, Nova 160 menyasarkan golongan profesional kelas pertengahan yang mencari skuter bergaya berprestasi tinggi untuk kegunaan dalam bandar.
Dilengkapi dengan ciri- ciri seperti lampu LED penuh, Sistem Idling (ISS) dan brek cakera, model ini sesuai untuk mereka yang mencari skuter berkuasa namun sporty untuk kegunaan harian.
Ia menggunakan enjin 154.4 cc SOHC penyejukkan cecair yang menghasilkan kuasa 11.8kW @ 8,500rpm dan tork 14.7Nm @ 6,500rpm bersama transmisi CVT.Â
Tersedia dalam warna Raven Red, Aveta Blue dan Copper Blaze, ia dijual pada harga RM7,988 seunit.
Kedua-dua model ini menampilkan reka bentuk yang lincah dan kompak, membolehkan penunggang mengendalikan skuter dengan mudah dalam keadaan trafik sesak, malah menawarkan keseimbangan antara kepraktisan dan keselesaan.
Kedua-dua model tersebut akan tersedia di pasaran Malaysia bermula Mac 2025.Â