
BYD Malaysia rasmi melancarkan Denza D9 ke pasaran tempatan menerusi dua pilihan varian :
- Advance FWD : RM259,000
- Premium AWD : RM309,000
Denza turut didatangkan dengan program waranti Pan-Asean melibatkan perlindungan di Malaysia, Thailand dan Singapura.
SPESIFIKASI
Bakal bersaing dengan Zeekr 009 dan Toyota Alphard serta Vellfire, pesaing baharu dalam segmen MPV saiz besar itu memiliki panjang 5,250mm, lebar (1,950mm) dan tinggi (1,920mm) serta jarak roda 3,110mm.
Kedua-dua varian menggunakan bateri BYD Blade (LFP) dengan kapasiti 103.6kWh.
Advanced (FWD)
- Bateri : 103.36 kWh
- Output : 230kW | 360Nm
- 0-100kmj : 9.5 saat
- Motor elektrik bahagian depan
- Jarak perbatuan : 600km (NEDC)
- Pengecasan : DC 166kW | AC 11kW (30-80 peratus mengambil masa 30 minit) dan pengecasan selama 10 minit menawarkan jarak perbatuan 150km
Premium (AWD)
- Bateri : 103.36 kWh
- Output : 275kW | 470Nm
- 0-100kmj : 6.9 saat
- Motor elektrik bahagian depan/belakang
- Jarak perbatuan : 580km (NEDC)
- Pengecasan : DC 166kW | AC 11kW (30-80 peratus mengambil masa 30 minit) dan pengecasan selama 10 minit menawarkan jarak perbatuan 150km
Sebagai peneraju dalam inovasi, Denza tampil dengan teknologi canggih dalam segmen kenderaan elektrik pelbagai guna (MPV) premium.
Sistem e3 Denza yang berkuasa merangkumi tiga motor elektrik, stereng roda belakang, teknologi Cell-to-Body (CTB) dan Kawalan Pergerakan Kenderaan (VMC) yang meningkatkan kualiti pemanduan.
Ia kemudian disokong dengan sistem kawalan badan pintar DiSus yang menambahbaik pengalaman pemanduan menerusi suspensi aktif DiSus-C bagi kestabilan dan DiSus-A untuk pelarasan dinamik, memaksimumkan keselesaan serta mengoptimumkan keupayaan off road.
Kabin Denza D9 menawarkan bentangan kerusi 2+2+3 yang mana varian Premium AWD mendapat kemasan kulit premium manakala Advance FWD dilengkapi dengan kemasan Nappa.
Ciri peralatan standard yang didatangkan termasuklah pelarasan lapan tahap bagi kerusi depan, kerusi pemandu dengan fungsi memori, pencahayaan dalam kabin, fungsi urut bagi kerusi kapten, enam port USB (jenis A & C), pengecas tanpa wayar 350watt, penapis udara CN95, 14 pembesar suara dan skrin LCD 10.25-inci serta skrin infotainmen 15.6 inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Demi ketenangan minda pemilik, varian Advanced FWD didatangkan dengan lapan radar ultrasonik berbanding Premium AWD dengan 12 radar di samping Smart Driving Surround View Camera, Smart Driving High Perception Camera, radar gelombang milimeter ketepatan tinggi dan sensor EPS.
Ciri keselamatan bantuan termaju lain termasuklah Electric Power Steering (EPS), Electric Parking Brake System (EPB); auto hold; Hydraulic Brake Boost; Hydraulic Brake Assist; Intelligent power braking system; Electronic Stability Control (ESC); Traction Control System (TCS); Electronic traction control system (ETC); Electronic brake pre-charging system (EBP); Controller Deceleration Parking (CDP), Vehicle dynamic control system (VDC); Electronic Brake Force Distribution (EBD); Hill Hold Control (HHC); Control System Traction (CST) Brake disc wiping system (BDW); Hill Descent Control System (HDC); Door opening warning (DOW) dan lain-lain.
TENTANG DENZA
Ditubuhkan pada 2010 sebagai usaha sama 50-50 antara BYD dan Mercedes-Benz, Denza menggabungkan teknologi canggih BYD dengan warisan kemewahan Mercedes-Benz.
Selepas penstrukturan semula pemilikan pada tahun 2021 dan 2024, Denza kini menjadi anak syarikat milik penuh BYD.
Sejak memperkenalkan model pertamanya pada 2014, Denza mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama premium yang tiada tandingan, menawarkan pelbagai model elegan dan eksklusif merangkumi segmen SUV, MPV, dan sedan.