Tayar celup: MOT, MIROS kaji kaedah lebih efektif tangani penggunaan tidak patuh standard

25
sumber gambar: TVS

p
ihak Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan bekerjasama mengkaji kaedah yang lebih efektif dalam menangani isu penggunaan tayar celup yang tidak mematuhi standard, lapor Berita Harian.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, antara kaedah yang dipertimbangkan termasuklah mewujudkan bukti fizikal menerusi proses ‘stamping‘ pada tayar, atau penggunaan teknologi seperti kod QR dan frekuensi radio (RFID) bagi menentukan kesahihan dan keaslian tayar.

Tegasnya, penggunaan tayar celup yang tidak mematuhi standard mandatori adalah tidak dibenarkan kerana ciri-ciri binaannya yang tidak ditentusahkan, serta aktivti pengujian yang tidak dilaksanakan sewajarnya. 

Tayar celup yang mematuhi standard adalah tayar yang telah diuji daripada aspek ketahanan dan prestasi penggunaan di mana ia terbukti selamat untuk digunakan di atas jalan raya.

“Penentusahan terhadap ciri-ciri pembinaan dan aktiviti pengujian terhadap sesebuah tayar amat penting untuk dilaksanakan berdasarkan kepada piawaian atau standard yang dikuatkuasakan bagi mengurangkan risiko kegagalan tayar khususnya berkaitan dengan tayar kenderaan yang meletup yang boleh menggugat keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui jawapan bertulis menjawab pertanyaan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai penggunaan tayar celup oleh lori dan kenderaan berat yang semakin berleluasa.

Mengulas lanjut, Loke menjelaskan tayar celup adalah tayar terpakai yang dibaik pulih menerusi proses penambahan, penggantian dan pemulihan terhadap lapisan bunga tayar tanpa mengganggu struktur asal tayar berkenaan supaya ia dapat digunakan semula.

Berdasarkan ketetapan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan & Penggunaan) 1959, katanya hanya tayar celup yang mempunyai persijilan pematuhan terhadap standard mandatori sahaja dibenarkan digunakan oleh kenderaan di atas jalan raya.

“Terdapat tiga standard mandatori melibatkan tayar celup yang dikuatkuasakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu Malaysian Standard (MS) 224 : Specification for Retreading of Pneumatic Rubber Tyres for Passenger Car and Commercial Vehicle; Peraturan United Nation (UN) R108 : Retreaded Pneumatic Tyres; dan Peraturan United Nation (UN) R109 : Retreaded Pneumatic Tyres for Commercial Vehicles.

JPJ akan sentiasa melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan dari semasa ke semasa melalui penguatkuasaan di jalan raya atau melalui pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi memastikan kenderaan perdagangan sentiasa menggunakan tayar yang mematuhi standard mandatori yang telah ditetapkan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here