Honda CB1300 Final Edition – Legasi, kuasa & kehebatan terakhir!

20

Di tengah-tengah barisan motosikal Honda yang menarik dan canggih, CB1300 kekal bersahaja dengan gaya retro. Melihat CB1300 seperti kembali ke masa silam.

CB1300 menyambung warisan model pertama CB1000 SUPER FOUR yang diperkenalkan pada 1992 di bawah konsep PROJECT BIG-1.

Di sebalik aura retro, penawaran CB1300 bakal sampai ke penghujung selepas lama di pasaran sejak 2003 dan Honda menghidangkan edisi akhir untuk pengguna di Jepun.

Honda CB1300 SUPER FOUR 2003

Empat model CB1300 ditawarkan sekaligus iaitu SUPER FOUR Final Edition, SUPER FOUR SP Final Edition, SUPER BOL D’OR Final Edition dan SUPER BOL D’OR SP Final Edition.

Semua model ini mula dijual pada 28 Februari melalui Honda Dream Jepun dan sebanyak 3,400 unit akan dikeluarkan.

Sebagai edisi akhir, warna CB1300 diinspirasi daripada model asal sebagai penghormatan kepada peminat setia siri ini.

Honda CB1300 SUPER FOUR SP Final Edition 2025

Lagi ciri istimewa seperti pelekat Final Edition di atas tangki minyak, rantai warna emas, pemegang hendal (top bridge), stem dan lengan ayun berwarna perak.

CB1300 SUPER FOUR Final Edition dan CB1300 SUPER BOL D’OR Final Edition tersedia dalam warna Graphite Black yang menampilkan gaya elegan dan misteri.

Bahagian bawah fork menggunakan kemasan kilat dan nampak lebih premium.

Honda CB1300 SUPER FOUR Final Edition

CB1300 SUPER FOUR SP Final Edition dan CB1300 SUPER BOL D’OR SP Final Edition tampil dengan Pearl Sunbeam White yang merupakan warna ikonik PROJECT BIG-1.

Model SP menyerlah dengan fork dan penyerap hentak boleh laras warna emas dari Öhlins dan angkup brek Brembo.

Riasan tangki juga berbeza, CB1300 SUPER FOUR Final Edition dan CB1300 SUPER FOUR SP Final Edition menggunakan pelekat logo Honda di sisi tangki minyak.

Honda CB1300 SUPER BOL D’OR Final Edition

Model BOL D’OR Final Edition ditampal pelekat sayap Honda.

CB1300 digerakkan enjin SC54E 1,284 cc berkuasa 113 PS pada 7,750 rpm dan 112 Nm pada 6,250 rpm.

Isyarat pendikit dihantar melalui Sistem Throttle-By-Wire dan tukaran gear kemas dengan Bantuan Cekam (Assist & Slipper® Clutch). Penukar cepat ditawarkan sebagai pilihan. 

Pakej elektronik terdiri daripada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Jelajah, Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Mod Standard, Sport dan Rain.

Honda CB1300 SUPER BOL D’OR SP Final Edition

Harga:

  • CB1300 SUPER FOUR Final Edition: 1,727,000 yen (RM50,996)
  • CB1300 SUPER BOL D’OR Final Edition: 1,837,000 yen (RM54,244)
  • CB1300 SUPER FOUR SP Final Edition: 2,101,000 yen (RM62,039)
  • CB1300 SUPER BOL D’OR SP Final Edition: 2,211,000 yen (RM65,285)
Honda CB1300 SUPER FOUR Final Edition

Spesifikasi:

  • Dimensi (P x L x T):

    • SUPER FOUR: 2200 × 795 × 1125 mm | SUPER BOL D’OR: 2200 × 825 × 1205 mm
    • SUPER FOUR SP: 2200 × 795 × 1135 mm | SUPER BOL D’OR SP: 2200 × 825 × 1215 mm
  • Jarak roda: 1520 mm | Berat: SUPER FOUR 266 kg, SUPER BOL D’OR 272 kg

  • Suspensi Depan: Ø43mm | SP: Öhlins Ø43mm, 20 tahap pelarasan

  • Suspensi Belakang: Showa Ø14mm, 15 tahap pelarasan | SP: Öhlins Ø49mm, 20 tahap pelarasan

  • Enjin: 1284 cc, 4-lejang, DOHC, 4-silinder sebaris, penyejukan cecair | Transmisi: 6-kelajuan | Assist & Slipper Clutch

  • Kuasa: 113 PS @ 7,750 rpm | Tork: 112 Nm @ 6,250 rpm

  • Sistem Bahan Api: Suntikan bahan api elektronik (PGM-FI) | Tangki: 21L

  • Brek Depan: Nissin Ø310mm, angkup 4-omboh | SP: Brembo Monoblock 4-omboh

  • Brek Belakang: Cakera tunggal Ø256mm, angkup omboh tunggal

  • Pakej Elektronik:

    • ABS, Kawalan Jelajah. Throttle-by-Wire (TBW)
    • Mod Tunggangan: Standard, Sport, Rain

CB1300 SUPER FOUR 2003:

CB1300 SUPER FOUR Final Edition:

CB1300 SUPER BOL D’OR Final Edition: 

CB1300 SUPER FOUR SP Final Edition:

CB1300 SUPER BOL D’OR SP Final Edition: 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here