Stesen BHPetrol Jalan Genting Klang kini dilengkapi stesen Pengecas TNB Electron 200kWh

22

Dalam usaha menyokong peralihan ke arah mobiliti rendah karbon, BHPetrol berkolabrasi dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyediakan stesen pengecasan kenderaan elektrik berkelajuan tinggi pertama mereka di BHPetrol Jalan Genting Klang 1, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad berkata, kolaborasi itu selaras dengan sasaran Kerajaan untuk mencapai penggunaan kenderaan elektrik sebanyak 15 peratus daripada jumlah industri menjelang 2030 dan meningkat kepada 80 peratus pada 2050.

Katanya, Sasaran itu seiring dengan pelan Low Carbon Mobility Blueprint serta National Energy Transition Roadmap yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi mempercepatkan peralihan tenaga di Malaysia.

Menurutnya, BHPetrol mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan TNB dan dua lagi Charger Point Operators (CPOs) dalam membangunkan stesen pengecas EV di lokasi strategik di seluruh Semenanjung Malaysia.

“BHPetrol Jalan Genting Klang 1 dipilih sebagai tapak sampel pemasangan pengecas EV TNB berkelajuan tinggi dengan kapasiti 200 kWh DC.

“Pemilihan lokasi ini dibuat berdasarkan kriteria teknikal yang ketat bagi memastikan kecekapan operasi pengecasan EV,” katanya.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Bin Megat Hassan,

Sementara itu, dua lagi stesen BHPetrol sedang dalam proses pemasangan pengecas EV  yang akan dibuka pada suku kedua tahun ini membabitkan:

  • BHPetrol Karak – KL 
  • BHPetrol Ladang Bikam

Bagi mereka yang mahu mengecas kenderaan elektrik di BHPetrol Jalan Genting Klang 1, bayaran yang dikenakan adalah RM1.50 untuk 1kWh.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here