
Selepas diperkenalkan di CFMOTO Flagship Store tahun lalu, CFMOTO 675SR-R dan CFMOTO 500SR VOOM kini secara rasmi boleh didapati di Malaysia.
Harga motosikal itu tidak termasuk cukai dan insurans membabitkan:
- CFMOTO 500SR VOOM: RM35,888.00
- CFMOTO 675SR-R: RM37,888.00
CFMOTO 500SR VOOM
CFMOTO 500SR VOOM dilengkapi enjin 499cc, 4-silinder selari, sejukan cecair yang mampu menghasilkan 78 pada 12,500rpm dan tork maksimum 49Nm pada 10,000rpm. Tangki bahan api 15.5L memberikan keupayaan perjalanan jauh yang lebih selesa.
Ciri menarik lain termasuk sistem ekzos berkembar, memberikan bunyi enjin yang garang seakan-akan motosikal lumba.
Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan RAM Air System, yang membolehkan udara bertekanan tinggi disalurkan terus ke dalam enjin ketika motosikal bergerak pada kelajuan tinggi.
Teknologi itu membantu:
- Meningkatkan kuasa enjin & tindak balas pendikit
- Menyejukkan enjin untuk prestasi lebih stabil
- Mengoptimumkan kecekapan bahan api
CFMOTO 500SR VOOM ditawarkan dalam dua pilihan warna:
- Nebula Blue
- Nebula White
CFMOTO 675SR-R
CFMOTO 675SR-R dikuasakan enjin 675cc, 3-silinder sebaris, DOHC, sejukan cecair yang mampu menghasilkan 94hp pada 11,000rpm dan tork maksimum 70Nm pada 8,250rpm. Berat keseluruhan motosikal itu adalah 195kg dan mempunyai tangki bahan api 15L.
Dari segi reka bentuk, CFMOTO 675SR-R menampilkan rekaan aerodinamik yang agresif, menjadikannya sesuai untuk tunggangan jalan raya serta prestasi mengagumkan di litar lumba.
Ia hadir dalam dua pilihan warna:
- Nebula Black
- Nebula White
Setiap pembelian CFMOTO 500SR VOOM didatangkan dengan waranti tanpa had perbatuan selama dua tahun, serta akses kepada alat ganti tulen secara dalam talian melalui CFMOTO Malaysia.