180 pembeli Bulan Bintang bertuah bakal dapat motosikal

56

Setiap tahun, jenama pakaian Bulan Bintang tampil dengan pemasaran yang hebat kepada pelanggan mereka. 

Terkini, pengasasnya, Azzim Zahid Azmi, 27 berkongsi ketibaan empat buat lori motosikal yang membawa Modenas Kriss 110 untuk diberikan kepada pelanggan Bulan Bintang yang bertuah.

@meripergibulat

Aku belanja 4 TRAILER MOTOR #bulanbintang

♬ original sound – meri yang busy – meri yang busy

Menerusi perkongsian TikTok @meripergibulat, Azzim menyatakan sebanyak empat treler dua tingkat membawa Modenas Kriss tiba di gudang Balakong. 

“120 buah motor dan dengar cerita Modenas diaorang siap bawa lebih lagi. Akupun tak faham Modenas ni banyak sangat nak belanja.

“Aku tak expect sebanyak ini, aku rasa diaorang ada belanja lagi macam lebih. Ini memang fresh daripada kilang,” katanya.

Azzim menyatakan pihaknya menubuhkan jabatan khas motosikal bagi menguruskan pendaftaran dan penghantaran hadiah motor kepada pemenang.

“Selepas tiga jam selesai menurunkan motosikal, total termasuklah yang sudah beli hari itu ada 180 motor. Motor-motor ini bukan untuk aku tetapi untuk korang.

“Cukup-cukuplah cakap aku bagi hadiah kat kroni, takkan aku ada banyak sangat sedara mara nak bagi motor ini.

“Motor kita ada 160 lagi yang tak menang, seminggu aku akan pastikan 30 unit motor keluarkan untuk korang menang,” jelasnya.

ARTIKEL LAIN

“Keadaan Modenas Kriss 110 meruntun jiwa, tiada brek, set cover pecah, terotel tersekat,” Aidil tiba di Mekah selepas 2-bulan bermusafir

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here