
Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) termasuk pakej 2B yang tergendala hampir tujuh bulan lalu perlu siap sepenuhnya pada pertengahan 2027.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Nik Soh Yaacoub berkata, pihaknya juga berharap projek berkenaan siap sebelum temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Kelantan yang berlangsung pada 2028.
Katanya, projek tersebut yang masih tergendala buat masa ini adalah Pakej 2B yang menghubungkan Ketereh ke Kok Lanas.
“Tender baharu bagi projek yang tergendala itu sudah dikeluarkan dan diuruskan pihak syarikat kontraktor mengikut prosedur. Mereka perlu mengikut jadual ditetapkan selepas pemilikan tapak.
“Kita mahu projek tersebut siap pada penghujung tahun 2027 iaitu sebelum Sukma. Baki bagi kos projek Pakej 2B pada awalnya berjumlah RM60 juta.
“Apabila ia tergendala, jumlahnya bertambah sebanyak RM13 juta dan kini jumlahnya RM73 juta. Peningkatan jumlah itu kerana pertambahan kenaikan kos barangan,” katanya.
ARTIKEL LAIN
Kos cadangan pembinaan LPT 3 dijangka meningkat RM9.8 bilion