KGM Musso EV, ini ialah trak pikap elektrik daripada bekas jenama Ssangyong!

7

KG Mobility – sebelum ini dikenali sebagai jenama SsangYong – melancarkan trak pikap kompak elektrik yang pertama untuk pasaran Korea, iaitu Musso EV.

Selain versi elektrik, KGM juga merancang untuk memperkenalkan trak pikap versi enjin pembakaran dalaman (ICE) kelak.

Reka bentuk luaran Musso EV banyak meminjam elemen daripada model SUV Torres EVX, namun ditambah dengan struktur bed belakang serta rekaan yang lebih lasak – sesuai dengan sifatnya sebagai sebuah trak pikap.

Ia datang standard dengan rim 17 inci dan rak bumbung utiliti.

Namun pembeli boleh mendapatkan opsyen seperti struktur kanopi belakang, bumbung suria, skid plate, pembahagi kargo, katil gelongsor dan bar oleng.

Dibina berdasarkan casis unibodi Torres EVX, Musso EV dikuasakan oleh motor elektrik tunggal menghasilkan 204 hp yang memacu roda hadapan.

Terdapat juga pilihan pacuan semua roda (AWD) ditawarkan kepada pembeli.

Pek bateri lithium iron phosphate (LFP) berkapasiti 80.6 kWh yang dibekalkan oleh BYD mampu menawarkan jarak gerak sejauh 401 km untuk sekali cas penuh bagi model 2WD.

Di Korea Selatan, KGM Musso EV dijual pada harga bermula dari ₩48 juta (RM147,717), atau serendah ₩33 juta (RM101,555) selepas subsidi untuk peniaga kecil.

Menurut KGM, Musso EV mampu menawarkan lebih nilai dengan penjimatan tambahan, terima kasih kepada kos penyelenggaraan yang rendah. 

Untuk tempoh lima tahun, kos pemilikan dianggarkan sekitar ₩5.8 juta (RM17,849), atau ₩14 juta (RM43 ribu) lebih murah berbanding model bersaiz serupa yang dilengkapi enjin pembakaran dalaman. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here