Aksi wheelie, bunyi bising dirakam kamera hingar, rider ini didenda RM8,906

8
sumber gambar: BBC

Tindakan seorang penunggang motosikal membuat bunyi bising dan melakukan aksi wheelie menyebabkannya dikenakan denda hampir £1,600 (RM8,906).

Menurut laporan VisorDown, aksi Jack Baker, 27 dari Gorleston yang melakukan aksi tersebut berjaya dirakam oleh kamera perakam bunyi bising pada Jun 2024.

Pihak polis pada asalnya menghantar notis penalti kepada Baker, namun dia mendakwa tidak menerima notis tersebut kerana tidak lagi duduk di alamat itu.

Namun, pihak mahkamah Great Yarmouth Borough Council berjaya menjatuhkan hukuman kepada Baker atas tiga kesalahan, iaitu sengaja memecut pantas, melakukan aksi wheelie dan membuat bunyi bising.

Mahkamah majistret kemudiannya mendenda Baker sebanyak £100 atas tiga kesalahan, £40 untuk surcaj mangsa, kos penyiasatan sebanyak £135 dan kos guaman sebanyak £1,305.

Untuk tempoh 12 bulan kebelakangan ini, Great Yarmouth telah memasang ratusan kamera perangkap bunyi bising, setiap satu bernilai lebih £100,000 (RM556,610).

Sistem ini dikatakan menghantar surat amaran kepada 26 orang pengguna jalan raya dalam masa tiga bulan pertama operasinya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here