
Memilih sebuah kereta/SUV untuk dijadikan sebagai kenderaan seharian bukanlah satu tugas mudah.
Apatah lagi pada ketika ini pasaran kita sudah pun dibanjiri dengan bermacam-macam model yang cukup mencuri tumpuan, dengan spesifikasi dan harga yang agak kompetitif.
Mazda CX-3 mungkin sekali antara model yang agak berusia jika dibandingkan dengan model pesaingnya, namun ada beberapa sebab kenapa kami percaya CX-3 masih lagi kekal relevan untuk tahun 2025.
- Reka bentuk bergaya
Terima kasih kepada bahasa rekaan Kodo Mazda, CX-3 masih lagi merupakan antara model SUV yang terkenal dengan reka bentuk yang anggun dan menarik.
Tidak menghairankan apabila Mazda CX-3 kekal menjadi pilihan utama di kalangan pengguna yang mahukan sebuah kenderaan yang cantik dan bergaya di dalam segmen subkompak.
- Pengalaman pemanduan unik
Selain daripada itu, salah satu faktor yang membuatkan kereta-kereta Mazda terus digemari ialah aspek pemanduan yang menyeronokkan, dan Mazda CX-3 juga tidak terkecuali.
Sistem stereng yang responsif, pengendalian yang tangkas dan enjin bertenaga (154 hp @ 6,000 rpm dan 206 Nm @ 2,800 Nm) sedikit sebanyak menyumbang kepada pengalaman pemanduan yang mungkin sukar untuk didapati pada model pesaing.
- Saiz kompak, sesuai dan praktikal untuk pemanduan urban
Saiz yang besar mungkin sekali menjadi penghalang utama bagi segelintir pemandu untuk memasuki bandar-bandar besar.
Namun tidak jika anda memilih Mazda CX-3, di mana saiznya yang kompak memudahkan segala urusan untuk bergerak dan paling penting meletakkan kenderaan dengan penuh keyakinan.
Selain itu, CX-3 juga menawarkan ruang kargo yang mencukupi untuk kegunaan seharian.
- Kabin premium
Antara kelebihan ketara yang wujud pada Mazda CX-3 ialah ruang kabin yang mampu menawarkan pengalaman yang premium.
Dengan susun atur yang mengutamakan pemandu serta pemilihan bahan yang berkualiti tinggi, agak sukar untuk mencari model pesaing yang mampu menawarkan pengalaman yang serupa, terutama pada julat harga yang hampir sama.
- Jimat bahan api
Satu lagi faktor yang menentukan kesesuaian kenderaan harian ialah tahap penggunaan bahan api yang ekonomikal.
Kerap kali juga kita mendengar rata-rata pemilik SUV merungut kerana kenderaan mereka tidak begitu menjimatkan, dan terpaksa melakukan pengisian yang kerap.
Namun dengan Mazda CX-3, anda tidak perlu risau kerana SUV ini secara asasnya masih lagi mampu menjimatkan penggunaan bahan api, menjadikannya satu pilihan yang lebih sesuai untuk perjalanan ulang-alik setiap hari atau pemanduan di hujung minggu.
Masih lagi berbelah bagi? Usah risau kerana Mazda CX-3 masih lagi satu pembelian yang berbaloi untuk tahun ini!