Ford Raptor Rev: Ujian sebenar trak paling perkasa!

7

Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia menganjurkan Ford Raptor Rev, acara off-road perdana di Malaysia di Bay 13, Litar Sepang, baru-baru ini.

Acara berlangsung dua hari itu, dibina untuk memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada pemilik Ford Ranger Raptor serta peminat off-road. 

Melalui sesi bengkel penerangan dan sesi latihan off-road dengan bimbingan jurulatih, acara itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan seramai 80 pemilik Ranger Raptor serta menarik minat orang awam yang ingin menyaksikan sendiri kemampuan Raptor secara langsung.

Pengalaman Bermakna untuk Pemilik Raptor 

Pemilik Ranger Raptor yang menyertai acara itu terbabit dalam beberapa sesi bengkel dan latihan yang meliputi lompatan dan off-road drifting, laluan berhalangan 4×4 dan pusingan Baja. 

Seorang pakar dari Ford, Chris Dean juga dibawakan khas dari Australia untuk memberi penerangan kemampuan sebenar sistem suspensi FOX Ranger Raptor. 

Sesi bengkel berkenaan memberikan pemahaman lebih mendalam tentang bagaimana suspensi yang diilhamkan oleh Baja itu direka untuk kecemerlangan dalam persekitaran off-road, terutamanya ketika pemanduan laju di atas permukaan mencabar. 

Hari yang Mengujakan untuk Pengunjung 

Raptor Rev bukan hanya untuk pemilik Raptor sahaja, tetapi orang awam juga boleh berkunjung secara percuma ke acara berkenaan dan menyertai beberapa aktiviti seperti:

Hot Laps: Pengunjung dapat merasai kemampuan Baja pada Ranger Raptor yang dipandu oleh pemandu profesional dalam litar Baja yang mencabar.

Pandu Uji: Pengunjung dapat memandu sendiri Ranger Raptor untuk merasai kuasa serta prestasinya di atas jalan raya dan secara off-road. 

Aktiviti: Acara yang penuh dengan keseronokan ini menampilkan trak makanan, persembahan live, dan hadiah untuk dimenangi. 

Sementara itu, BFGoodrich juga menjadi sebagai rakan utama acara Raptor Rev untuk meningkatkan pengalaman dengan menyediakan sokongan teknikal dan mengadakan bengkel informatif yang berfokuskan tentang tayar. 

Para hadirin juga meneroka kelebihan BFGoodrich KO3 yang baru dilancarkan dari segi direka untuk ketahanan yang tiada tandingan dan prestasi off-road yang unggul.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here