Bosch Mobility Aftermarket perkenalkan lapan produk baharu ke pasaran Malaysia

8

Dalam usaha memacu industri automotif ke tahap lebih tinggi, Bosch Mobility Aftermarket (MA) memperkenalkan rangkaian produk baharu dengan teknologi terkini.

Ia sekali gus memberi perspektif mendalam kepada peserta pasaran mengenai landskap industri alat ganti automotif yang berkembang pesat. 

Setiap produk direka khusus untuk meningkatkan prestasi kenderaan ke tahap optimum, memperkukuh aspek keselamatan, serta memaksimumkan kecekapan.

Ia bukan sekadar pendedahan produk baharu, tetapi turut membuka ruang bagi pengedar dan pemimpin industri untuk berhubung, bertukar idea, serta mendalami perkembangan teknologi dan trend pasaran terkini yang berkembang pesat. 

Pengarah Perniagaan Negara Bosch Mobility Aftermarket Malaysia, Dillion Goh Kian Chiang berkata, pengenalan produk itu adalah seiring dengan komitmen teguhnya  untuk terus menawarkan hanya yang terbaik daripada jenama yang Sudah dipercayai sejak lebih 100 tahun.   

“Keunggulan kualiti serta kepakaran industri yang menjadi nadi Bosch kini diperkukuh dengan hala tuju baharu kami, iaitu Driver’s Choice: Ask for Bosch.  

“Pendekatan ini bukan sekadar satu langkah ke hadapan dalam inovasi, tetapi juga bukti nyata dedikasi kami dalam menyediakan komponen automotif berkualiti tinggi serta teknologi canggih yang memenuhi jangkaan pelanggan kami,” katanya.

Lapan produk baharu yang diperkenalkan membabitkan:

  1. Clear Advantage TL Wiper
  2. EFB Bateri (M42R)
  3. C70B Pengecas Bateri 
  4. EVO Palam Pencucuh
  5. Minyak Enjin
  6. Pad Brek Ceramik
  7. Compound Brake Disc
  8. ENV6 Minyak Brek

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here