
Seorang pengguna TikTok yang menggunakan akaun @kentmaherr berkongsi berdepan detik cemas apabila berlaku kebakaran dalam kabin pesawat Batik Air dikatakan berpunca daripada power bank milik penumpang.
“30 minit sebelum landing, berlaku detik mencemaskan sebab berlakunya kebakaran dalam luggage compartment dalam flight Boeing 737 Batik Air perjalanan Johor Bahru ke Don Meung, Bangkok pada jam 11.20 pagi (waktu Malaysia).
“Semua penumpang di kejutkan dengan kepulan asap pekat keluar dari luggage compartment dengan bau kebakaran yang menyengat hidung.
“Alhamdulillah penumpang dan flight attendant bekerjasama memadamkan kebakaran dan keadaan kembali terkawal dan aman,” tulisnya pada kapsyen video.
Dia juga menambah pasukan bomba dan ambulans sudahpun menunggu di lapangan terbang Don Meung bagi memastikan keselamatan penumpang dan kakitangan pesawat.
Menerusi perkongsian video berkenaan, dia memuji tindakan pramugari yang segera menangani kebakaran tanpa menimbulkan kekecohan dan penumpang juga kekal tenang di tempat duduk.
Tambahnya, kejadian akan menjadi tidak terkawal dan bakal berlaku kemalangan yang tidak diingini sekiranya penumpang panik.
“Namun semua orang masih tenang dan tidak hilang kawalan. Salah seorang penumpang bangun untuk memaklumkan kepada pramugari tentang kebakaran dan rush datang tempat kejadian.
“Masa itu asap makin banyak dan bila buka sikit ruangan simpanan bahagian atas asap tebal keluar barulah salah seorang pramugari berlari ambil pemadam kebakaran.
“Waktu itu kita cuma fikir bayangkan letupan berlaku dan merosakkan bahagian pesawat..waktu itu kita hanya fikirkan hidup akan berakhir,” katanya.
@kentmaherr 30 minit sebelum landing, berlaku detik mencemaskan sbb berlakunya kebakaran dalam luggage compartment dalam flight BOEING 737 Batik Air Perjalanan JHB ( JOHOR BHARU) to DMK (DON MEUNG BANGKOK) 11.20am waktu Malaysia, semua penumpang di kejutkan dengan kepulan asap pekat keluar dari luggage compartment dengan bau kebakaran yg menyengat hidung. Alhamdulillah penumpang dan flight attendant bekerjsama memadamkan kebakaran dan keadaan kembali terkawal dan aman. Setibanya di lapangan terbang Don Meung, pasukan bomba dan ambulance siap sedia menanti untuk memastikan keselamatan kesemua penumpang, kru kapal dan captain. Terima kasih atas tindakan pantas dan kerjasama yg di berikan. Sepanjang hidup saya pernah travel, ini lah kali pertama mengalami kejadian seumpama ini, hanya mampu mengucap dan mengenang anak dan keluarga serta sahabat2 tersayang yg di tinggalkan di Malaysia. Terima kasih Allah SWT atas peluang masih bernyawa! #batikair #BOEING737 #KEBAKARANPESAWAT #JHB #DMK #FYP #powerbankterbakar #FYPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP #FORYOUPAGE #plane #firefighter