
Hampir dua tahun ketibaan Honda Accord generasi ke-11 di China, kini tiba masa sedan berkenaan melalui kitaran produk.
Honda Accord (2026) facelift berkenaan tampil dengan imej yang agresif namun secara asasnya ia masih sedan yang sama di jual di pasaran global.
Accord pasaran China yang dipasang hasil kerjasama dengan pengeluar kereta lokal, GAC itu menerima penambahbaikan pada bahagian hujung depan namun cukup membuatkan ia tampil lebih menawan dan tidak begitu membosankan.
Perubahan tidaklah begitu radikal walaupun unit lampu dalaman telah diubahsuai secara halus, tetapi bentuknya tetap sama. Lampu nyala siang (DRL) LED kini ditarik ke arah sisi gril dan tiada reflektor jingga.
Selain itu, Honda turut menambah gril baharu walaupun ia masih mengekalkan bentuk dan saiz yang sama dengan model sedia.
Versi naiktaraf itu juga didatangkan dengan rim 19 inci manakala bampar depan kelihatan lebih sporty dipasang pada Accord. Berbanding dengan Accord global, versi facelift itu memiliki sudut yang lebih kompleks dan memberikan bahagian hadapan lebih personaliti.
Tiada sentuhan baharu dilakukan pada bahagian belakang yang mana masih menggunakan lampu yang sama lengkap dengan bar lampu LED.
Sementara, bahagian kabin masih sama menerusi skrin bulat/dail putar kecil diletakkan di bawah lubang udara dan paparan infotainmen 15 inci yang besar dan gugusan instrumen digital.
Bagi rangkaian kuasa, media China melaporkan bahawa dua enjin yang sama daripada model sebelumnya akan digunakan menerusi enjin pengecas turbo 1.5 liter yang menghasilkan kuasa 189hp dan tork 260Nm, dan 2.0 liter plug in hibrid dengan output 181hp dan tork 335Nm dengan pemanduan elektrik penuh sejauh 106km.
ARTIKEL LAIN
Selepas Jazz dan BR-V, Honda Accord Gen 10 model ketiga ‘keluar’ dari pasaran Malaysia