
Pencarian baharu MH370 bermula kembali di Lautan Hindi selepas lebih sedekad hilang.
Ocean Infinity yang berpangkalan di United Kingdom menandatangani kontrak “no find, no fee” dengan kerajaan Malaysia untuk melakukan pencarian seluas 15,000 kilometer persegi lautan, sekitar 1,500 kilometer dari pesisir Perth, Australia.
Carian baharu lebih tertumpu dan disasarkan daripada carian sebelumnya, yang meliputi kira-kira 200,000 kilometer persegi.
Dalam beberapa minggu akan datang, Ocean Infinity akan mengerahkan kapal pencarian Armada 78 06 serta autonomous underwater vehicles (AUV) untuk mengimbas dasar laut bagi mencari sebarang kesan pesawat Boeing 777 yang hilang.
Difahamkan, kapal pencarian Ocean Infinity, Armada juga akan memberi perhatian tambahan kepada empat titik panas.
Tetapi proses itu akan menjadi rumit kerana bentuk muka bumi dasar lautan, beberapa kilometer di bawah permukaan, termasuk tebing bawah air dan gunung berapi.
MH370 hilang pada 8 Mac 2014, dengan 239 orang di dalamnya, termasuk enam warga Australia. Pelbagai carian telah dijalankan pada tahun-tahun berikutnya, tetapi tidak berjaya.
la sepatutnya menuju ke Beijing tetapi menyimpang daripada laluan penerbangan, berdasarkan data radar dan satelit.