Honda S7 tiba di pusat jualan seluruh China sebelum majlis pelancaran

11

Crossover elektrik, Honda S7 tiba di pusat jualan China sebelum rasmi dilancarkan pada 6 Mac depan.

Antara ciri peralatan yang ditawarkan termasuklah 4WD berkuasa 350kW, skrin 24-inci dan sistem bantuan pemandu Honda Sensing 360+. Model S7 merupakan percubaan terkini Honda dalam mengukuhkan posisinya di pasaran China yang kompetitif.

Kereta elektrik (EV) itu merupakan model yang dipasang oleh Dongfeng Honda yang didedahkan tahun lalu sebagai sebahagian daripada siri Ye.

Baru-baru ini, Honda telah menjauhkan diri daripada penjenamaan siri Ye. Hasilnya, nama akhir EV Jepun itu adalah Honda S7. 

TIBA DI PUSAT JUALAN

Menerusi imej yang beredar, kumpulan pertama S7 tiba di pengedar Dongfeng Honda dengan warna badan biru. Bahagian depan memiliki lampu besar berbentuk bumerang yang disambungkan dengan jalur LED nipis.

Gril udara yang besar terletak di bampar hadapan dan ciri lain termasuklah logo Honda baharu, kamera depan dan sensor parkir.

Di samping itu, S7 dilengkapi dengan kamera menggantikan cermin sisi konvensional dan imej sporty diserlahkan dengan rim 5-jejari serta kemasan hitam di sekeliling badan.

Belakang S7 pula menempatkan spoiler bersaiz besar, bampar moden serta lampu belakang berbentuk huruf H dan lencana tulisan Honda di bawahnya.

Lencana kereta tertera Dongfeng Honda (东风本田) dan S7. Jadi, disahkan Honda telah meninggalkan sepenuhnya penamaan Ye yang dikeluarkan sebelum ini.

Bahagian dalaman Honda S7 dipadankan dengan skema warna hitam dan putih bersama stereng dwi warna tiga jejari. Pada tengah papan pemuka menempatkan skrin 24-inci berorientasikan potret besar.

Ia juga menggunakan kluster instrumen bersaiz 9.9 inci yang nipis dengan kedudukan yang agak tinggi. Honda S7 yang dipamerkan juga dilengkapi dengan paparan head up 21.9 inci.

Manakala kad pintu kereta mempunyai skrin untuk memaparkan imej daripada kamera pandangan sisi dan cermin dalaman S7 juga boleh bertindak sebagai kamera.

Konsol tengah Honda S7 menempatkan pad pengecasan telefon tanpa wayar, punat gear, dan ruang penyimpanan. 

SPESIFIKASI 

Honda S7 menggunakan platform W dengan dimensi panjang 4,750mm, lebar (1,930mm) dan tinggi 1,625mm serta jarak roda 2,930mm.

Varian 4WD didatangkan dengan dua motor elektrik. Motor elektrik depan menjana 150kW (201hp) manakala e-motor belakang mempunyai kuasa puncak 200kW (268hp). Output keseluruhan yang dihasilkan Honda S7 ialah 350kW (469hp). Manakala versi pengenalan RWD memiliki kuasa 200kW. 

Honda S7 menggunakan bateri NMC ternary 89.8 kWh dari CATL. Ia menawarkan jarak perbatuan sejauh 620km (CLTC) untuk model 4WD. Honda S7 4WD mempunyai berat 2,305 kg dan kelajuan maksimum 180kmj.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here