Honda Hornet 2.0 (2025) dikemaskini, skrin TFT dengan sokongan Bluetooth

5

Peminat motosikal terutama jentera dua roda bersesaran kecil kini sudah disajikan dengan beberapa pilihan model dengan penggayaan seakan motosikal berkuasa tinggi.

Jika Yamaha ada MT-15 dan XSR155, Suzuki pula ada GSX-S150 dan GSX-R150, Honda pula ada menawarkan Hornet 2.0 sebagai alternatif kepada CB750 Hornet dan CB1000 Hornet.

Untuk model tahun 2025, Honda India telah mengemaskini penawaran Hornet 2.0 dengan slot pengecasan jenis USB-C, serta ciri skrin paparan TFT berwarna sebesar 4.2 inci.

Skrin digital ini turut menyokong sambungan Bluetooth, navigasi, serta notifikasi SMS sekiranya dipautkan kepada peranti pintar.

Honda Hornet 2.0 ini dijana dengan enjin silinder tunggal 184 cc sejukan udara menghasilkan 16.7 hp dan 15.7 Nm, dipadankan dengan kotak gear lima-kelajuan dan klac assist-slipper.

Menariknya, selain daripada sistem brek ABS dua saluran, Hornet 2.0 ini didatangkan standard dengan ciri kawalan cengkaman (HSTC)!

Ciri lain termasuklah fork hadapan USD, penyerap hentak tunggal di belakang, brek cakera 276 mm depan dan 220 mm belakang, serta tangki bahan api sebesar 12 liter.

Terdapat empat warna untuk Hornet 2.0 termasuklah Pearl Igneous Black, Radiant Red Metallic, Athletic Blue Metallic, dan Mat Axis Gray Metallic.

Di pasaran India, Honda Hornet 2.0 (2025) dijual pada harga Rs 156,953 (RM7,981).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here