Voge DS900X rasmi lancar, harga cadangan RM49,998

12

Pasaran motosikal adventure semakin meriah menerusi kehadiran satu lagi model baharu daripada MForce Bike Holdings iaitu Voge DS900X.

Sudahpun berada di pusat jualan sah MForce seluruh Malaysia, Voge DS900X didatangkan dengan warna badan Aviator Blue, Lime Green dan Matt Black pada harga RM49,998.  

Jentera touring itu menggunakan enjin 895cc dwi-silinder, empat-lejang berkuasa 70kW @ 8,250rpm dan tork 95Nm @ 6,000rpm. Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear 6 kelajuan manual bersama klac slipper dan quickshifter.

Dengan nisbah mampatan 13.1:1, sistem penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api
elektronik, DS900X direka untuk memberikan keseimbangan antara kuasa dan kecekapan
perjalanan jauh dan penjelajahan off-road.

Berikut ciri peralatan yang ditawarkan Voge DS900X :

  • Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork teleskopik terbalik (depan) dan penyerap hentak monoshock (belakang).
  • Sistem brek cakera berkembar dari jenama Brembo dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran, berdiameter 305mm (depan) dan brek cakera tunggal 265mm (belakang).
  • Didatangkan dengan empat mod tunggangan iaitu Rain, Road, Sport dan Enduro.
  • DS900X dilengkapi dengan sistem kunci pintar, paparan TFT berwarna 7-inci, sistem
    pemantauan tekanan tayar (TPMS), kawalan kruise automatik, butang keselamatan tongkat sisi serta kamera depan depan untuk rakaman dan keselamatan sepanjang perjalanan.
  • Sistem pencahayaan menampilkan ciri LED pada lampu depan dan belakang,  lampu spotlight, butang kecemasan dan sistem radar untuk meningkatkan keterlihatan. 
  • Sistem pengecasan USB jenis A dan C serta soket output berkuasa 12V10A.
  • Voge turut memasang pelindung tangan dan crash bar bagi perlindungan yang optimum di samping ciri pemanas hendal tiga tahap dan tempat duduk.
  • Bagi menyokong perjalanan jarak jauh, DS900X hadir dengan tangki bahan api berkapasiti 17 liter, ekzos keluli tahan karat serta tempat simpanan barang yang luas termasuk satu kotak atas bersaiz 45 liter dan dua kotak sisi (35 liter) serta penghadang angin boleh laras.

Bagi setiap pembelian Voge DS900X, pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Voge Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here