Rasuah Pertamina : Penunggang motosikal mula beralih ke Shell

240

Susulan kes dakwaan rasuah dalam urus tadbir minyak mentah dan produk kilang di PT Pertamina Indonesia, warganya berasa kecewa dan mula beralih mengisi bahan bakar minyak (BBM) menggunakan Shell.

Menurut laporan Tribun News, hasil tinjaun mendapati penunggang motosikal mula memenuhi stesen minyak Shell.

“Saya awalnya isi Pertamax (RON92), tapi sejak harganya naik, terus sudah ada feeling juga sih, seperti tidak yakin.

“Terus juga banyak isu kerana isi Pertamax, motor jadi sering bermasalah atau tangki jadi kotor. Makanya saya beralih ke Shell,” kata penunggang motosikal, Julian, 31. 

Julian mengaku tidak mempersoalkan harga BBM Shell yang lebih mahal dari Pertamina kerana paling utama adalah kualitinya yang lebih baik.

“Walaupun harganya lebih mahal sikit, ya lebih percaya saja sih. Biasanya saya beli Shell V-Power dan kadang-kadang guna Shell Nitro,” tambahnya.

BIMBANG ENJIN ROSAK 

Namun begitu, tinjauan di tiga stesen minyak Pertamina di Palmerah Utara, KS Tubun dan Penjernihan mendapati masih lagi ramai penunggang motosikal yang mengisi minyak menggunakan RON90 berbanding RON92.

Salah satu penunggang motosikla, Fendi, 42 dilihat mengisi minyak menggunakan RON90 dan ketika ditanya jelasnya sebelum ini dia menggunakan Pertamax.

Tetapi, sejak harga RON92 naik dan beredar khabar adanya campuran, pemuda itu memutuskan beralih ke RON90 kerana bimbang akan memberi kesan kepada enjin. 

“Saya kecewa kerana pengguna RON92 juga, namun apa boleh dikata. Nasib baik enjin masih selamat dan tidak rosak. Jadi saya tukar saja sebelum terkena,” katanya.

Meskipun begitu, tambahnya masih ada penunggang yang tetap menggunakan RON92 sebagai bahan bakar kenderaan.

Manakal seorang lagi pengguna Pertamina mengakui motosikalnya tidak mengalami masalah ketika menggunakan RON92. 
 
“Saya sih selama ini biasa saja sih guna Pertamax, nggak ada perubahan sih. Enjin juga aman.

“Saya juga melihat warna petrolnya, nggak sih nggak ada campurannya. Soalnya beda rasanya kalau pakai RON90, lebih enteng ini (Pertamax),” kata Apis.

Namun, dia mengakui pernah rasa curiga dengan Pertamax dan beralih menggunakan BBM tanpa subsidi, Shell.

Kes rasuah Pertamina melibatkan dakwaan bahawa eksekutif Pertamina telah mencampurkan petrol bersubsidi yang lebih murah dengan produk bahan api berjenama, Pertamax lalu dijual pada harga lebih tinggi.

Menurut Metro TV News, mencampurkan bahan bakar dengan oktan berbeza boleh menurunkan kecekapan bahan bakar dan memberi kesan negatif pada enjin kenderaan.

Campuran Pertalite dan Pertamax berisiko menurunkan kualiti bahan bakar yang mana campuran RON90 dan RON92  menyebabkan ketidakstabilan pembakaran dan mengurangkan kecekapan bahan bakar. 

Selain itu, ia boleh merosakkan komponen enjin dan meningkatkan risiko ‘knocking’ di samping pembentukan kerak serta menurunkan prestasi enjin. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FOLKKONOHA (@folkkonoha)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here