
Syarikat kenderaan elektrik (EV) China dijangka memperkenalkan penggunaan bateri jenis pepejal pada 2027 dan memulakan pengeluaran besar-besaran menjelang 2030, lapor Bernama.
Menurut kumpulan pemikir China EV100, berbanding bateri ion litium yang digunakan dalam kenderaan tenaga baharu (NEV) pada masa ini, bateri jenis pejal mempunyai tahap keselamatan dan ketumpatan tenaga lebih tinggi, jangka hayat perkhidmatan lebih lama serta kelajuan pengecasan lebih pantas.
Sejak separuh kedua 2024, permohonan paten melibatkan bateri berkenaan meningkat pesat di China dengan jumlahnya mencatat tiga kali ganda berbanding Jepun.
Sementara itu, syarikat pengeluar bateri kenderaan utama di China mula memberi tumpuan kepada teknologi bateri jenis pepejal yang menggunakan sulfida sebagai elektrolit utama.
Menurut jangkaan pakar, bateri keadaan pepejal akan menjadi industri lengkap sekitar 2027 atau 2028.