
Bersempena dengan sambutan Pokemon Day, Honda menerusi kerjasama dengan The Pokemon Company memperkenalkan projek yang dinamakan sebagai Honda Koraidon Project.
Ia secara asasnya merupakan sebuah konsep motosikal yang direka berdasarkan naga pra-sejarah yang muncul dalam permainan Pokemon Scarlet, iaitu Koraidon.
Honda akan menggunakan teknologi pengimbangan kendiri bagi membolehkan Honda Koraidon ini ‘berjalan’ menggunakan empat kaki, dan ‘berdiri’ menggunakan dua roda.
Selain itu, kesemua komponen seperti tangan, kaki, leher dan ekspresi muka akan bergerak mengikut kelajuan semasa, menggambarkan kedinamikan Koraidon ini.
Bukan itu sahaja, Honda juga turut memastikan berat badan 303 kg dan ketinggian 2.489 meter Koraidon ini mengikut spesifikasi karakter Pokemon tersebut.
Sebanyak 40 orang jurutera terbabit di dalam projek ini, masing-masing dipilih daripada divisyen Innovative Research Excellence dan Motorcycle & Power Products Honda.
Honda Koraidon Project merupakan satu kesinambungan kepada projek Toyota Miraidon yang dibuat pada tahun 2024, dan ia bakal dipamerkan di Honda Welcome Plaza Aoyama pada 7-9 Mac ini.