
Sebuah SUV mewah yang dihumban ke dalam tong sampah besar di bandar Mythishchi, Russia ini berjaya menarik perhatian netizen.
Beberapa keping gambar yang dimuat naik ke dalam laman media sosial menampakkan sebuah Porsche Macan yang lengkap dengan reben, namun tiada nombor pendaftaran dan unit lampu utama.
Beberapa laman media melaporkan seorang lelaki Russia cuba memujuk isterinya pada Hari Valentine dengan membelikannya sebuah Porsche Macan ‘rosak’ berharga 3 juta ruble (RM151k), dengan niat untuk membaikinya sebelum dijadikan sebagai hadiah.
View this post on Instagram
Sayang sekali, wanita itu tidak mahu menerima hadiah tersebut, membuatkan lelaki tersebut kemudian membuang terus SUV tersebut ke dalam tong sampah besar dengan menggunakan forklift.
Kisah viral suami-isteri ini terbukti tidak benar.
Ini kerana menurut satu saluran Telegram berita yang dikhususkan untuk bandar tersebut, SUV Porsche Macan itu sebenarnya digunakan oleh pempengaruh untuk tujuan penggambaran video.