Mansory Elongation, sesuai untuk pemilik Cybertruck yang mahukan kelainan

80

Peminat Tesla (dan Elon Musk) mungkin tidak berdepan masalah untuk menerima kehadiran Cybertruck, tapi tidak untuk golongan normal seperti anda yang sedang membaca artikel ini.

Untuk menjadikan keadaan lebih buruk, pemilik Tesla Cybertruck kini boleh mengubah penampilan trak pikap bersegi mereka menjadi satu arca ‘seni’ yang sangat mahal.

Honda

Memperkenalkan, Mansory Elongation, di mana nama tersebut berkemungkinan besar merujuk kepada CEO Tesla itu sendiri.

Untuk menjadikan penampilan yang lebih agresif, Mansory memadankan panel gentian karbon pada bahagian seperti bampar depan, hud hadapan, panel hadapan yang lengkap dengan logo Mansory, serta fender flare lebar menggantikan plastik pelindung asal.

Keempat-empat sudut dipadankan dengan rim FD.15 aloi bersaiz 26 inci (ya, bukan typo) yang dikemaskan dengan warna hitam.

Ciri lain termasuklah perumah cermin sisi baharu, skirt sisi, lampu LED tambahan pada bumbung, splitter belakang, lampu brek stail F1, serta sepasang spoiler yang bertenggek pada bahagian bed belakang.

Masuk ruang kabin, Mansory menyediakan kemasan upholsteri kulit berkualiti tinggi, lebih banyak aksen gentian karbon, serta pilihan warna yang boleh disesuaikan bergantung kepada kehendak pelanggan.

Tiada sebarang naik taraf terhadap unit rangkaian kuasa Cybertruck, bermakna dalam trim Cyberbeast ia mampu menghasilkan kuasa setinggi 845 hp daripada tiga motor elektrik, dengan pecutan 0-96 km/j dalam masa 2.6 saat.

Harga? Usah ditanya. Hanya untuk mereka yang mampu sahaja.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here