Mercedes-Benz azam kekalkan penawaran enjin V8, V12

191

Mercedes-Benz kini merupakan satu-satunya jenama mewah Jerman yang berazam untuk mengekalkan penawaran enjin V12 untuk portfolio produknya.

Dalam satu sidang yang dianjurkan pada bulan lepas, Mercedes melahirkan komitmen untuk terus menawarkan enjin 12 silinder tersebut, namun ia terhad untuk pasaran tertentu sahaja.

Honda

Selain enjin V12, Mercedes tidak terus melupakan enjin V8, di mana divisyen AMG sedang membangunkan nadi generasi baharu yang mampu memenuhi piawaian Euro7 untuk model-model daripada platform AMG.EA.

Untuk tempoh dua tahun akan datang, Mercedes merancang untuk memperkenalkan sehingga 36 buah model baharu dan model yang dikemaskini.

Antaranya termasuklah SUV off-road kompak G-Class, sedan elektrik E-Class, GLC generasi baharu serta model-model S-Class, GLE dan GLS yang dinaik taraf.

Mengorak langkah ke hadapan, Mercedes turut mengumumkan pendekatan rekaan yang lebih bersepadu untuk model berenjin pembakaran dalaman (ICE) dan BEV, sama seperti apa yang diamalkan oleh rakan pesaingnya BMW.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here