
MForce Bike Holding bakal membawa masuk motosikal adventure touring buatan China, Cyclone RX650 untuk pasaran Malaysia.
Motosikal itu dipertontonkan sempena acara makan malam untuk pengedar MForce di Chongqing, China.
Motosikal adventure touring itu menggunakan enjin 650cc parallel-twin sejukan cecair yang memiliki kuasa maksimum 70hp pada 8,500rpm dengan tork setinggi 62Nm pada 7,000rpm.
Jentera itu dikatakan bakal dijual di bawah RM30,000 dengan memiliki ciri teknologi terkini dan canggih.
Biarpun harga rahmah, ia memiliki ciri teknologi terbaik:
- Sistem Pencahayaan LED Penuh – Pencahayaan lebih terang dan tahan lama
- ABS Selekuh (Cornering ABS) – Kawalan brek lebih stabil ketika mengambil selekoh
- Kawalan Cengkaman (Traction Control) – Mengelakkan tergelincir ketika menunggang di jalan licin
- Quick Shifter – Tukaran gear lebih lancar tanpa perlu tarik klac
- Penghidup Tanpa Kunci (Keyless Ignition) – Memudahkan pengguna menghidupkan enjin
- Cruise Control – Memandu pada kelajuan tetap tanpa perlu kawalan pendikit
- Radar Pengesan Titik Buta – Meningkatkan keselamatan dengan memberi amaran tentang kenderaan di titik buta
- Kamera Pemuka (Dashcam Terbina Dalam) – Merakam perjalanan untuk tujuan keselamatan
Sesuai untuk perjalanan jarak jauh, jentera itu memiliki tangki berkapasit 20 liter dengan berat kira-kira 240 kilogram.
Ia turut menggunakan brek ABS depan dan belakang yang menggunakan rim 17 inci. Rim itu dibaluti tayar 120/70 R17 untuk depan, manakala belakang 160/60 R17.
Mengikut spesifikasinya, kelajuan maksimum Cyclone RX650 boleh mencecah 180km/j, tetapi Motoqar dimaklumkan oleh penunggang uji jentera itu, mengatakan ia boleh memecut sehingga 201km/j.
Jentera itu akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada Jun ini, tunggu pengumuman Motoqar nanti!