
MForce Bike Holdings dalam satu sesi lawatan ke kilang Zoshen bersama media Malaysia mempertontonkan sebuah skuter klasik moden menerusi Cyclone Rt3e.
Jentera itu dikatakan bakal dilancarkan secara rasmi pada Jun tahun ini, dan harga bakal dijual pada RM12,888.
Skuter itu dilengkapi dengan sistem brek cakera depan dan belakang, dibantu dengan sistem ABS dan kawalan cengkaman (TCS).
Dari segi kuasa, Rt3e menggunakan enjin silinder tunggal 247 cc menghasilkan kuasa 26.15 hp pada 8,500 rpm dan tork setinggi 24.5 Nm pada 6,500 rpm. Kelajuan maksimumnya adalah 114km/j.
Ciri lain termasuklah tangki bahan api sebesar 10 liter, tinggi pelana 750 mm, panel meter digital, lampu LED, skrin penghadang angin, crash bar kiri dan kanan, rak hadapan, serta tayar klasik dinding putih.
GALERI GAMBAR