
Selain motosikal skuter dan adventure-touring, MForce Bike Holding mempersembahkan jentera retro scrambler, Cyclone RE 600 yang dikatakan bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia pertengahan tahun ini.
Motosikal yang memiliki gaya retro itu memiliki ketinggian kerusi 800mm itu dipadankan dengan enjin dua silinder sebaris penyejuk cecair berseseran 550.4cc.
Rangkaian kuasa itu mampu menyalurkan 58hp pada 8,500 dengan tork setinggi 55Nm pada 6,500rpm. Buat masa ini, tiada maklumat lengkap tentang kotak gear yang digunakan. Kelajuan maksimum jentera itu boleh mencecah 170km/j.
Dari segi reka bentuknya, ia dilengkapi lampu LED bulat dengan bingkai lampu DRL yang mana di atasnya mempunyai pelindung angin kecil. Selain dipadankan, meter kluster TFT.
Dipadankan tangki sebesar 20 liter dengan pelana berwarna coklat yang menyerlahkan imej retronya.
Sistem suspensi fork terbalik dengan sistem brek berkembar di bahagian hadapan, manakala peredam tunggal di belakang serta dilengkapi satu cakera brek yang mana kedua-dua sistem hentian itu menggunakan jenama J.Juan.
Ia menggunakan rim 17 inci dengan dibaluti tayar 120/70 di hadapan, manakala belakang 160/60.Â
Apa yang dimaklumkan oleh pihak MForce, jentera itu bakal dijual bermula RM25,888. Â
GALERI GAMBAR