Cyclone RA600: Motosikal konsep bobber bakal masuk Malaysia, harga RM25,888

63

Model keempat motosikal jenama Cyclone menerusi RA600 akan dibawah masuk oleh MForce pada tahun ini. 

Ia melengkapkan lagi penawaran jenama Cyclone untuk pasaran Malaysia yang bakal dijual bermula RM25,888.

Honda

Motosikal itu dipertontonkan kepada media dan pengedar Mforce sempena acara lawatan ke kilang Zonsen di Chongqing, China.

Jentera berkonsep bobber itu tampil menarik apabila fork teleskopik hadapan mempunyai pelindung, selain belakang menggunakan enyerap hentak tunggal.

Ia juga dilengkapi  sistem lampu LED depan dan belakang, sistem ekzos berkembar, bar hendal terdedah, dan panel skrin digital LCD berbentuk bulat.

Jika anda membaca artikel Cyclone RE600 di laman Motoqar sebelum ini, ia menggunakan enjin yang sama iaitu parallel-twin 550.4 cc sejukan cecair.

Rangkaian kuasa itu menyalurkan 58hp pada 8,500rpm dan tork setinggi 55Nm pada 6,500 rpm. Namun, kuasa itu disalurkan ke roda belakang menerusi sistem pacuan tali sawat. Cuma kelajuan maksimumnya kurang sedikit berbanding RE600, ia boleh memecut sehingga 165km/j.

Selain itu, ia turut menggunakan rim 16 inci, cermin sisi pada penghujung bar hendal, tangki bahan api sebesar 14.5 liter dan tinggi pelana 725 mm.

Sistem hentiannya pula, hadapan dan belakang menggunakan brek cakera tunggal dengan padanan ABS.

GALERI GAMBAR

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here