VIDEO: Kamax Cub X 150 bakal lancar Ogos ini, harga sekitar RM9,000!

21

KTNS Holdings Sdn Bhd bakal membawa masuk Kamax Cub-X 150 untuk pasaran Malaysia yang dijangka dilancarkan pada Ogos atau September tahun ini.

Cub-X 150 adalah model kedua jenama Kamax di Malaysia selepas Super Pro 125. Model berkenaan bakal dijual pada harga kira-kira RM9,000.

Honda

Motosikal itu berbeza dengan Super Pro 125, yang mana reka bentuknya masih mengekalkan imej retro, tetapi boleh ditugaskan di laluan lasak.

Ia menggunakan rim 17 inci spoked tanpa tiub dengan tayar pelbagai guna, serta ekzos lebih tinggi. Selain dipadankan fork teleskopik di hadapan dan dua penyerap hentak di belakang.

Dari segi kedudukannya, tempat duduknya lebih tinggi iaitu 780 mm dengan jarak kelegaan dari tanah 130 mm.

Jentera itu menggunakan enjin satu silinder empat lejang penyejukan udara, suntikan bahan api 147.5 cc yang mana kuasanya disalurkan ke transmisi empat kelajuan. Enjin itu menyalurkan 9.1hp dengan tork maksimum sehingga 10.5 Nm pada 5,000 rpm.

Biarpun tampak klasik, ia dilengkapi dengan ciri teknologi moden membabitkan lampu depan dan belakang LED, sistem kunci pintar serta meter digital LCD.

Motosikal daripada China itu, turut menggunakan suntikan bahan api elektronik (EFI) daripada Bosch, penyerap  hentak belakang adalah sama daripada pengedar motosikal Honda.

 

@motoqar

Kamax Cub X 150 ini bakal lancar di Malaysia Ogos ini. Ketahui yang ada Cub X 150 ini.

♬ original sound – Motoqar Malaysia

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here