Perodua Axia terbabas lalu terbalik, seorang maut

55

Seorang wanita maut manakala tiga lagi termasuk dua kanak-kanak cedera selepas Perodua Axia yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di KM39.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada petang Ahad.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Khas Untuk Penyandang (KUP) Asmiza Zaini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 5.19 petang.

Honda

“Sebaik tiba, kami mendapati kemalangan melibatkan sebuah Perodua Axia yang terbabas dan terbalik di bahu jalan.

“Terdapat empat mangsa dalam kenderaan itu, termasuk seorang wanita berusia 29 tahun yang tersepit di tempat duduk penumpang depan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, tiga lagi mangsa iaitu seorang lelaki berusia 30 tahun, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun termasuk bayi perempuan berusia tiga bulan mengalami kecederaan.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum menyerahkan semua mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi menyelamat melibatkan 11 anggota dari BBP Kulai dan BBP Renggam dengan dua jentera pemadam (FRT) dan tamat sepenuhnya pada jam 6.13 petang.

“Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here