Setiap 2 minit, sebuah Geely Boyue terjual

46

Baru-baru ini, Geely mengumumkan Boyue merekodkan jualan terkumpul sebanyak 2 juta kenderaan seluruh dunia, bersamaan dengan sebuah kereta terjual setiap 2.3 minit.

Di pasaran domestik China, SUV berkenaan didatangkan dengan pilihan Geely Boyue standard dan Boyue L pada harga mula CNY 92,800 (RM56,526). 

Honda

Hujung bulan lalu, Geely mengumumkan pengeluaran Boyue ke 2 juta di kemudahan jenama tersebut.

Setakat ini, Boyue dijual di 60 negara termasuk Malaysia yang menggunakan nama Proton X70 selain Costa Rica, Moldova, Panama, Peru, Qatar dan Arab Saudi.

Mengimbas kembali, jualan bulanan Boyue melebihi 10,000 unit dalam tempoh empat bulan pertama selepas pelancaran kemudian meningkat kepada 30,000 unit dalam tempoh dua tahun hinggalah mencapai 1 juta dalam 52 bulan dan 2 juta unit (107 bulan).

Untuk dua bulan pertama tahun ini sebanyak 40,542 unit Boyue telah dijual. Kedua-dua model menggunakan reka bentuk sama, tetapi ukuran badan dan jarak roda yang berbeza.

Geely Boyue memiliki panjang 4,510 mm, lebar (1,865 mm) dan tinggi (1,650 mm) serta  jarak roda 2,701 mm manakala versi Geely Boyue L pula lebih besar dan panjang dengan  dimenasi 4,670 mm x 1,900 mm x 1,705 mm dan jarak roda 2,777 mm.

Keseluruhan siri ini dikuasakan oleh enjin 1.5 turbo berkuasa 178hp dan tork 290Nm bersama kotak gear 7-kelajuan DCT.

Geely Boyue L menawarkan pilihan enjin 2.0T dengan kuasa maksimum 215hp dan tork puncak 325Nm serta empat mod pemanduan Eco, Comfort, Sports dan Smart.

Kedua-dua Geely Boyue L dan Geely Boyue didatangkan secara standard dengan cip Qualcomm Snapdragon 8155 di dalam kokpit, bersama-sama dengan panel instrumen LCD penuh 10.25 inci dan skrin hiburan 13.2 inci.

Pada Februari, Geely menjual 204,910 kenderaan, meningkat 84 peratus tahun ke tahun, dengan jualan bulanan melebihi 200,000 untuk enam bulan berturut-turut dan jualan kenderaan tenaga baharu ialah 98,433 unit, meningkat 194 peratus tahun ke tahun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here