Anggota polis maut nahas bertembung dengan lori

171

Anggota polis maut selepas dikatakan bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan dekat KM9, Jalan Gemencheh – Batang Melaka, Tampin, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kuala Pilah dari Simpang Renggam, Johor.

Honda

Beliau berkata, mangsa merupakan anggota di Balai Polis Tanjung Ipoh, Kuala Pilah dan menunggang Yamaha Y15ZR.

“Siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari Simpang Renggam ke Kuarters Balai Polis Tanjung Ipoh.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang berumur 33 tahun dikatakan memotong sebuah kenderaan di hadapannya.

“Ketika mahu memotong, mangsa dikatakan berlanggar dengan sebuah lori jenis Hino yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 32 tahun dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Amiruddien berkata, mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat pagi ini

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan ini diminta ke Balai Polis Trafik Daerah Tampin atau hubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurul Afiqah Aqwa Haslan di talian 064412502 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here