
Bermacam-macam cara dicipta oleh manusia semata-mata untuk melayakkan diri tercatat di dalam buku rekod.
Terbaharu, seorang penunggang aksi lasak dari Sweden, Magnus Carlsson berjaya mencipta rekod untuk aksi wheelie bar hendal yang terpantas, dengan kelajuan melebihi 202 km/j.
Satu lagi rekod tercatat untuk jarak tunggangan motosikal paling jauh (306 km) di mana Carlsson perlu duduk menghadap belakang, tidak seperti posisi tunggangan yang normal.
Ia bukanlah satu berita baharu, memandangkan kedua-dua rekod tersebut dibuat pada tahun 2023, namun kedua-dua pencapaian ini baharu sahaja diterbitkan dalam laman web rasmi Guinness World Records.
Carlsson memberitahu Guinness, “aksi wheelie bar hendal merupakan aksi berani kegemaran saya, dan salah satu daripada aksi yang paling menarik perhatian sepanjang karier saya sebagai stunt rider.
Beliau mula melakukan aksi wheelie bar hendal pada tahun 1992, dan melakukan cubaan pecah rekod di Skövde Airport, Sweden tiga tahun berikutnya.
Carlsson menggunakan KTM 1290 Super Duke R untuk cubaan aksi wheelie bar hendal, dan KTM 390 Duke yang lebih ergonomik untuk cubaan tunggangan duduk terbalik.
Dalam rekod terdahulu tahun 2014, Carlsson berjaya mencatatkan jarak tunggangan sejauh 202 km untuk aksi tunggangan duduk terbalik.