Stellantis Malaysia buka Pusat Pameran di Desa Park City dan Pusat Servis di Subang

6

Dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan Peugeot dan Leapmotor, Stellantis Malaysia membuka Pusat Servis Subang dan bilik pameran pelbagai jenama di Desa Park City milik Allure Auto. 

Kemudahan baharu itu akan menjadi sebahagian daripada rangkaian pengedar untuk kawasan Subang Jaya, Jalan Klang Lama dan Desa Park City.

Honda

Ia membuktikan komitmen tidak berbelah-bahagi Stellantis Malaysia untuk menawarkan pengalaman automotif yang bersepadu, inovatif dan komprehensif. 

Projek utama iaitu Pusat Servis Subang merupakan kemudahan pertama yang menempatkan pusat servis Peugeot dan Leapmotor Hub bagi menawarkan penyelenggaran kenderaan elektrik bervoltan dan berteknologi tinggi di bawah satu bumbung. 

Dengan keluasan ruang sehingga 5,702 kaki persegi, kemudahan itu mempunyai dua tempat penyerahan dan enam ruang servis kereta. 

Pelanggan boleh memanfaatkan semua penyelesaian selepas jualan komprehensif seperti alat ganti, servis dan sokongan jaminan yang disediakan oleh lima orang juruteknik serta penasihat servis bertauliah daripada Stellantis. 

Selain jaminan talian bantuan 24/7 untuk memberikan bantuan teknikal dengan pantas. 

Pengarah Urusan Interim ASEAN Stellantis, Isaac Yeo berkata, Stellantis komited untuk menetapkan penanda aras baharu dalam kecemerlangan automotif. 

“Menerusi kerjasama dengan Allure Auto, kami membangunkan satu hub bertaraf dunia yang menunjukkan kesungguhan kami dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik. 

“Dengan empat outlet di dalam portfolio mereka, pengembangan ini membuktikan semangat inovatif dan dedikasi kami untuk memberikan pengalaman yang dinamik dan fokus kepada pelanggan,” katanya.

Bilik pameran Desa Park City berada di lokasi strategik di Kuala Lumpur yang bertrafik tinggi. Ia menawarkan pengalaman menarik apabila mempamerkan kenderaan jenama Peugeot dan Leapmotor. 

Bilik pameran Desa Park City berusaha untuk meningkatkan pengalaman jualan dan pelanggan secara keseluruhannya menerusi lounge moden yang dilengkapi TV bersama konfigurasi interaktif, di samping pelbagai kemudahan lain seperti minuman dan kopi demi memastikan setiap kunjungan pelanggan cukup menyenangkan. 

Semua bilik pameran Allure Auto beroperasi setiap hari dari 9 pagi hingga 6 petang. Pusat Servis Subang pula dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang, Sabtu dari 8:30 pagi hingga 2:30 petang dan ditutup pada Ahad. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here