Selepas 10 hari penghantaran, Xiaomi SU7 Ultra pertama kemalangan di litar

53

Kereta sukan elektrik, Xiaomi SU7 Ultra dengan kuasa 1,526hp terlibat kemalangan di litar selepas beberapa hari memulakan penghantaran kepada pengguna.

Xiaomi mencadangkan pemilik kereta mengambil bahagian dalam latihan pemanduan rasmi sebelum mencubanya di litar. 

Honda

Xiaomi SU7 Ultra dilancarkan di China pada 27 Februari lalu dengan rekod 10,000 tempahan dalam tempoh dua jam  dan ia memulakan penghantaran awal Mac.

Selepas 10 hari penghantaran, sudah ada model SU7 Ultra terlibat kemalangan yang mana video kejadian itu dikongsi di media sosial China, Weibo. Ia merupakan kemalangan trek pertama melibatkan EV tersebut.

Video itu menunjukkan SU7 Ultra tersebut keluar dari selekoh dan memecut di jalan lurus. Bagaimanapun, pemandu itu membrek terlalu lewat mengakibatkan ia melanggar penghadang tayar.

Ketika kejadian, pemandu memecut pada kelajuan melebihi 120kmj mengakibatkan bonet, bampar depan, fender serta lampu pecah dan remuk. Bahkan brek udara turut meletup akibat hentaman tersebut. 

Sebelum ini, sedan elektrik Xiaomi SU7 (bukan Ultra) menjadi tajuk utama kemalangan di litar China. Versi standard itu memiliki keupayaan brek yang lemah tidak sepadan dengan karakter EV tersebut dan pengeluar menyatakan ia tidak sesuai dipandu di trek.

Sementara, wakil syarikat secara rasmi mengesahkan versi Ultra sesuai untuk pemanduan litar namun Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi Auto, Lei Jun berkata pemandu perlu memberi perhatian kepada keselamatan.

Dicadangkan pemandu menyertai latihan formal dan Pegawai Xiaomi menasihatkan setiap pemilik SU7 Ultra untuk menyertai Latihan Memandu Auto Elite Xiaomi bagi memahami kenderaan dengan lebih baik.

Menurut maklumat sebelum ini, Xiaomi SU7 Ultra meninggalkan kilang dengan perisian kelajuan dan had keluaran kuasa. Kelajuan tertingginya dihadkan kepada 140kmj dan output kuasa puncak mencapai 900hp (bukan 1,526 hp).

Had berkenaan tamat tempoh selepas pemilik kereta mencapai perbatuan 300km. Dengan cara ini, Xiaomi mahu mengelakkan perlanggaran.

Versi Ultra menggunakan bampar sporty, spoiler belakang lebih besar dan badan yang lebar serta rim 21 inci bersama tayar Pirelli P Zero 5. Ia menggunakan bateri Qilin 2.0 keluaran CATL dengan kapasiti 93.7kWh dan kuasa nyahcas maksimum 1,330kW.

EV itu didatangkan dengan tiga motor elektrik (dua V8 dan satu V6) yang menghasilkan kuasa 1,526hp dan tork 1,770Nm.

ARTIKEL LAIN

Xiaomi SU7 rosak selepas pandu 39km dan tidak boleh dibaiki

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here