Larangan soket tiga pin dalam bas ekspres masih berkuatkuasa

57

Polisi dan garis panduan pendawaian tambahan berkaitan penggunaan soket tiga pin dan pengecas mudah alih USB di dalam bas ekspres masih di peringkat pembangunan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, setakat ini larangan berkaitan penggunaan kedua alatan itu masih berkuat kuasa.

Honda
Anthony Loke

Pihaknya juga bekerjasama dengan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) untuk membangunkan garis panduan.

“Ia (penggunaan soket elektrik tiga pin, termasuk pengecas mudah alih USB dalam bas) tidak dibenarkan dan kita masih sedang bangunkan garis panduan.

“Kita perlu bekerjasama dengan Sirim dan Kementerian Tenaga (melalui Suruhanjaya Tenaga) untuk membangunkan garis panduan itu jafi sehingga ia selesai dan dikeluarkan barulah kita (boleh melihat untuk) menamatkan larangan,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tidak membenarkan penggunaan soket elektrik tiga pin, termasuk pengecas mudah alih USB dalam bas oleh orang ramai susulan laporan awal yang mendapati pendawaian tidak teratur pada perkakas itu punca seorang remaja maut direnjat elektrik.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Anthony berkata, penggunaan kamera badan untuk anggota JPJ masih di peringkat perolehan dan berharap dapat melaksanakan proses itu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ini kerana PDRM sudah (dapat) perolehan kamera badan jadi kita sedang berbincang dengan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga bagaimana boleh kita membuat proses perolehan bersama,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here