Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya selama empat hari

34

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata larangan itu berkuatkuasa pada 29 dan 30 Mac, iaitu sebelum Hari Raya serta 5 dan 6 April (selepas perayaan).

Honda
gambar hiasan

Beliau berkata larangan itu dilaksanakan mengambil kira peningkatan trafik ketara bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman, selain mengurangkan risiko nahas jalan raya.

“Kementerian Pengangkutan dan JPJ ingin mengingatkan kepada semua pemilik dan pemandu kenderaan barangan supaya mematuhi larangan pemanduan tersebut,” katanya.

Loke berkata kenderaan barangan yang gagal mematuhi larangan berkenaan akan dikenakan tindakan kompaun RM300 atau denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan jika sabit kesalahan.

Terdahulu dalam ucapannya, Loke berkata hasil penguatkuasaan dan operasi khas sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini berjaya menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 10 peratus kepada 7,882 kemalangan berbanding 8,784 tahun lepas.

Beliau berkata sebagai usaha berterusan kementerian dan JPJ untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya di musim perayaan, Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 akan dilaksanakan bermula 24 Mac hingga 8 April di seluruh negara.

Beliau berkata operasi tersebut akan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan atau undang-undang jalan raya yang berkuat kuasa.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here