BMW Motorrad Malaysia umum harga rasmi R 12, RM119,500

33

BMW R 12 serba baharu melakukan debut Januari lalu dan BMW Motorrad Malaysia mengumumkan harga rasmi jentera  tersebut adalah RM119,500.

Model roadster Heritage tersebut menampilkan enjin ikonik R boxer yang memberikan kawalan lancar dan responsif sama ada di lebuh raya mahupun di jalan berselekoh luar bandar.

Honda

Enjin 1,170cc 4-lejang itu menghasilkan kuasa maksimum 95hp @ 6,500 rpm dan tork 110Nm @ 6,000 rpm bersama transmisi 6-kelajuan.

Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 3.9 saat dengan kelajuan maksimum 200kmj. Dengan berat 227kg, ia memiliki panjang 2,200mm, lebar (830mm) dan tinggi  754 mm.

Ia turut dilengkapi dengan sistem brek anti kunci (ABS) Pro, kawalan cengkaman dinamik (DTC) dan bantuan tukar gear pro serta mod tunggangan roll/rock.

Dengan Pelan Pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW R 12 serba baharu bermula dari RM1,668 (berdasarkan anggaran Pembiayaan Straight Line dengan pinjaman 90 peratus untuk tempoh tujuh tahun).

Pemilik juga boleh menikmati faedah tambahan menerusi Program Minyak Enjin Premium Terkemuka Industri yang Inklusif, Servis Inklusif dan Lanjutan Waranti yang ditawarkan oleh BMW Motorrad Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here