UMW Toyota Motor cemerlang jualan Februari, promosi March jimat hingga RM9,500

15

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) terus mengukuhkan dominasinya dalam industri automotif Malaysia dengan merekodkan jualan cemerlang Februari 2025 sebanyak 6,632 unit, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini mencecah 12,015 unit. 

Berbekalkan momentum jualan kukuh dari Januari, pencapaian itu mencerminkan permintaan yang berterusan terhadap kenderaan Toyota, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju pasaran.

Honda

Prestasi jualan yang konsisten ini membuktikan komitmen UMWT dalam menawarkan produk berkualiti dan pengalaman pemilikan komprehensif, yang memenuhi pelbagai keperluan serta gaya hidup pengguna Malaysia.

Permulaan mantap UMWT pada tahun 2025 menyaksikan Toyota terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara jenama automotif paling berpengaruh di Malaysia. 

Dengan pasaran yang semakin dinamik serta perubahan dalam landskap penyelesaian mobiliti, Toyota kekal menjadi penanda aras pasaran menerusi barisan model unggulnya menerusi:

Perkhidmatan Selepas Jualan Tiada Tandingan menerusi Rangkaian 3S yang Komprehensif

Bagi perkhidmatan selepas jualan pula, pada 2024 lebih 1.4 juta kenderaan sudah diselengara, mencerminkan dedikasi syarikat dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap, pantas dan boleh dipercayai. 

Dengan mengekalkan standard Pusat 3S yang tinggi dalam setiap aspek penyelenggaraan, UMWT memastikan semua pelanggan Toyota menikmati pengalaman pemilikan yang lancar, selesa, dan bebas kebimbangan.

Promosi Mac: Tawaran Menarik dengan “Perjalanan Penuh Kesyukuran”

Sementara itu, UMWT menawarkan promosi eksklusif sepanjang Mac dengan pelbagai tawaran istimewa bagi model Toyota terpilih.

Dengan penjimatan luar biasa sehingga RM9,500 serta ansuran bulanan serendah RM658, peluang itu membuka ruang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki kenderaan idaman mereka. 

Selain itu, program Toyota Service Savers menawarkan penyelesaian penyelenggaraan yang menjimatkan, bermula dari hanya RM33 sebulan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here