Proton e.MAS 7 ‘laku keras’ terima 4,500 tempahan! Lebih 1,000 penghantaran

20

Populariti Proton e.MAS 7 sedang melonjak dengan lebih daripada 4,500 tempahan direkodkan dengan bakal pelanggan yang ingin mengambil kesempatan daripada pakej tawaran awal. 

Sebanyak 580 unit Proton e.MAS 7 sudah dihantar pada Februari, sekali gus melepasi had 1,000 unit bagi jumlah keseluruhan penghantaran. 

Honda

Pencapaian itu membuktikan bahawa bilangan rakyat Malaysia bersedia untuk membuat peralihan kepada kenderaan elektrik dengan PROTON semakin meningkat, asalkan pakej yang ditawarkan secara keseluruhan memenuhi jangkaan mereka. 

Selain daripada jualan domestik, Proton e.MAS 7 juga bersedia untuk mencipta pengaruh di pasaran eksport. Sebanyak 50 unit telah dieksport ke Nepal pada bulan Februari sebagai persiapan untuk pelancaran akan datang, sementara sejumlah kecil unit turut dihantar ke Singapura dan Trinidad & Tobago untuk tujuan evaluasi. 

Sementara itu, PROTON mencatatkan peningkatan jualan kumpulan produk sebanyak 13.2 peratus pada Februari 2025, hasil daripada pemulihan pasaran kereta selepas permulaan tahun yang lembap. 

Sebanyak 11,232 unit  dijual pada Februari melalui pelbagai unit perniagaan (domestik, eksport, smart, Proton e.MAS), menghasilkan anggaran bahagian pasaran sebanyak 17.2 peratus daripada ramalan jumlah volum industri (TIV) sebanyak 65,276 unit. 

Proton S70 kekal sebagai sedan segmen-C terlaris di Malaysia dengan mendahului jualan segmen selama dua bulan berturut-turut, dengan 2,340 unit pada 2025. 

Proton X90 mendominasi jualan SUV segmen-D, manakala Proton X70 mencatatkan jualan sebanyak 746 unit pada bulan Februari. Namun, jumlah jualan Proton X50 tidak didedahkan. 

Proton Saga terus mendominasi jualan semua model Proton dengan 5,024 unit terjual bulan lepas, sementara model-model lain seperti Proton Persona dan Proton Iriz masing-masing mencapai 1,323 serta 283 unit.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here