Operasi Puspakom Wangsa Maju dilanjutkan hingga 30 Jun 2026

38

Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju melanjutkan operasi Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), Wangsa Maju sehingga 30 Jun 2026.

Menterinya, Anthony Loke berkata, keputusan penangguhan itu susulan fasiliti baharu bagi menggantikan pusat sedia ada di Bukit Beruntung masih belum siap.

Honda

Menurut Loke, keputusan itu juga mengambil kira ketidaksediaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sebelum ini dilaporkan akan membina fasiliti baharu di tapak berkenaan selepas PUSPAKOM berpindah.

“MOT telah bersetuju untuk melanjutkan satu tahun lagi maksudnya menjelang tahun depan apabila fasiliti baharu itu sudah siap, barulah mereka akan pindah ke sana.

“Sudah tentu menjelang tahun depan juga akan ada beberapa fasiliti pemeriksaan kenderaan lain yang akan dibuka, maka tiada keperluan sangat dekat cawangan ini,” katanya.

Pada awal tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, pihaknya akur untuk menamatkan operasi pusat pemeriksaan di Wangsa Maju selewat-lewatnya Jun tahun ini selepas mendapat arahan daripada MOT.

Kata beliau, penutupan itu bagi memberi laluan untuk membina kemudahan baharu di tapak sama.

Untuk rekod, Puspakom Wangsa Maju antara cawangan awal terawal Puspakom yang dibuka pada 1995.

Fasiliti berkenaan mempunyai enam lorong pemeriksaan dengan seramai 37 kakitangan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here