Risiko gagal tukar gear, Honda panggil semula 507 unit CBR650R, CB650R

78

American Honda Motor Co. memanggil semula kira-kira 507 unit jentera enjin empat silinder Honda CBR650R dan CB650R model tahun 2024.

Kempen panggil semula ini dibuat berikutan terdapat masalah kritikal yang menghalang penunggang daripada membuat penukaran gear.

Honda

Menurut laporan agensi NHTSA, komponen pengikat yang digunakan untuk menahan lengan penukaran gear berkemungkinan besar longgar dan tercabut.

Keadaan ini sekaligus mampu meningkatkan risiko kemalangan, terutama dalam situasi di mana penunggang motosikal gagal menukar gear dalam situasi yang memerlukan.

Honda Amerika Syarikat akan menghubungi para pemilik jentera tersebut, dan pihak pengedar akan menggantikan komponen yang rosak tanpa sebarang kos.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here