Tayar Lego kini diperbuat daripada jaring ikan, minyak enjin & tali yang dikitar semula

17

Tahukah anda, Lego merupakan pengeluar tayar yang paling besar dalam dunia dari segi kuantiti, walaupun dimensi tayarnya jauh lebih kecil berbanding pengeluar tayar lain.

Untuk memastikan produk yang dikeluarkan itu lebih mesra alam, Lego membangunkan bahan baharu yang dinamakan sebagai rSEBS (singkatan untuk styrene-ethylene-butylene-styrene yang dikitar semula).

Honda

Bahan rSEBS ini diperbuat daripada barangan yang dikitar semula seperti tali, jaring ikan dan minyak enjin.

Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Lego untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil untuk pembinaan bongkah mainannya.

Lego sebelum ini cuba untuk menggunakan bahan binaan yang diperbuat daripada botol plastik PET yang dikitar semula, namun perancangan tersebut dihentikan kerana menyedari jejak karbon menjadi lebih tinggi apabila proses pembuatan diubah.

Namun begitu, jenama mainan global itu mengekalkan niat untuk menjadikan bongkah Lego diperbuat daripada bahan yang lebih lestari, dan mengurangkan emisi gas rumah hijau sebanyak 37 peratus menjelang 2032.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by LEGO (@lego)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here